(AJK Pameran Lestari Warisan 2.0 bergambar semasa pameran berlangsung)
Gambar oleh : Nur Dini Adha Abd Shukor
OLEH : Nur Dini Adha Abd Shukor & Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
14 Januari 2026 (Rabu) - Sebuah pameran kebudayaan telah berjaya dianjurkan di FBK pada jam 10 pagi hasil gabungan pelajar AB14 dan AB15. Pameran tersebut merupakan kesinambungan daripada inisiatif pelajar terdahulu di bawah nama “Pameran Lestari Warisan 1.0”, yang dibimbing oleh pensyarah mereka, Dr. Loh Yoke Ling.
Objektif utama pameran ini adalah untuk memberikan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan mengenali dan mengekalkan kelestarian budaya tempatan agar tidak ditelan zaman. Menurut salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Pameran Lestari Warisan 2.0, Hazim Ikram Mohd. Jefri, pameran tersebut mempamerkan hasil seni tradisional daripada pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia seperti Johor, Perak dan Selangor. Ketika ditemu bual, penjelasan yang diberikan oleh AJK pameran, iaitu Nur Aina Yusni dan Amnani Masturah Adiekhasmadmajar, amat jelas serta sarat dengan maklumat.
Pameran ini berjaya mempamerkan sebanyak 30 set pameran yang merangkumi lebih 62 hasil seni tradisional. Antara hasil seni tradisional yang dipamerkan dan didokumentasikan ialah tanglung dan labu sayong. Walaupun berdepan pelbagai cabaran seperti kekangan jarak dan masa, para pelajar yang terlibat dalam menjayakan pameran ini berasa bangga serta berhasrat untuk terus melibatkan diri dalam program seumpama ini pada masa akan datang.