(Salah seorang pelajar yang ditemubual oleh wartawan)
Oleh : Nur Dini Adha Abd Shukor dan Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
Tanjong Malim, 16 Januari 2026 - Sebuah booth yang diuruskan oleh pelajar-pelajar FPM perkenalkan jenis-jenis inisiatif yang dapat membantu dan menggalakkan para mahasiswa UPSI untuk menyertai program kemanusiaan di sekitar Semenanjung Malaysia seperti di Perak, bertempat di Arena bersempena Karnival Badan Pelajar yang dijalankan pada 17 Disember lalu.
Menurut salah seorang pelajar FPM, booth tersebut berfungsi untuk memperkenalkan jenis bantuan kemanusiaan dan membantu mahasiswa untuk mencuba membantu sesiapa yang berada dalam kesusahan. Antara program bantuan kemanusiaan yang pernah dijalankan oleh FPM (Fakulti Pembangunan Manusia) adalah misi sukarelawan untuk membantu mangsa banjir di sekitar Perak, bersama dengan bantuan FPMKasih. Menurut Muhd Aqil Amsyar, beliau menyatakan bahawa FPM turut menyediakan bantuan bekalan makanan di fakulti mereka dibawah nama “Food Bank” dan mereka menerima dana melalui inisiatif sendiri dan sumbangan warga luar serta dalam UPSI.
Terdapat pelbagai cabaran dan risiko sepanjang menjalankan misi kemanusiaan seperti risiko kecedaraan dan sebagainya. Namun, pengalaman tersebut membina jati diri dan sifat bertanggungjawab dalam diri pelajar. Empati turut dilahirkan melalui penglibatan mahasiswa apabila membantu mangsa banjir.
Berharap agar peningkatan dalam penglibatan mahasiswa yang datang daripada pelbagai kursus dalam inisiatif ini bertambah dan lebih ramai pelajar yang cakna akan tanggungjawab