RENCANA: Daripada Kandungan ke Pendapatan: Affiliate Marketing Pilihan Pelajar Masa Kini

Keberkesanan bidang Affiliate dapat dilihat apabila saya diberi kepercayaan untuk berkongsi pengalaman sebagai penceramah dalam program The Power of Affiliate: From Click to Income pada 22 November 2025. Program ini bertujuan memberi pendedahan asas mengenai affiliate marketing serta teknik meningkatkan kemahiran pemasaran digital dalam kalangan pelajar .Jemputan sedemikian membuktikan bahawa affiliate marketing bukan sekadar trend, sebaliknya mempunyai nilai praktikal dan potensi penjanaan pendapatan yang nyata.

Affiliate marketing semakin diiktiraf sebagai salah satu kaedah berkesan untuk membantu pelajar menjana pendapatan sampingan dalam era digital. Melalui platform media sosial, pelajar bukan sahaja berpeluang memperoleh pendapatan, malah membina kemahiran pemasaran digital yang relevan dengan keperluan industri semasa.



Dalam konteks akademik, pendedahan terhadap affiliate marketing turut diterapkan melalui silibus pengajian. Pelajar Semester 3 Komunikasi Sosial di UPSI, misalnya, mengikuti subjek BKS3274 Komunikasi Pemasaran Berintegrasi, yang memberi penekanan kepada strategi pemasaran digital termasuk pelaksanaan affiliate marketing. Pendekatan ini membantu pelajar menghubungkan teori dengan aplikasi sebenar dalam persekitaran digital.

Kesimpulannya, affiliate marketing bukan sahaja berpotensi membantu pelajar menjana pendapatan, malah menjadi platform pembelajaran yang praktikal. Dengan sokongan akademik dan pendedahan berstruktur, bidang ini mampu melahirkan pelajar yang lebih bersedia menghadapi cabaran industri pemasaran digital.

Shafiqah Adriana Binti Kamaruzzaman pelajar tahun akhir Komunikasi Sosial UPSI dan Dr. Ahmad Sauffiyan Abu Hasan pensyarah UPSI.