Saudari Nurul Asyiqin menyampaikan hadiah kepada peserta sebagai simbol penghargaan sempena Mini Kempen Eco Stride Batik Walk.
Oleh : Nurshafiqah Ashikin Binti Judding
Tanjong Malim - Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Saudari Nurul Asyiqin dalam memimpin Mini Kempen Eco Stride Batik Walk, yang merupakan salah satu komponen di bawah projek tahun akhir pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Sosial.
Dalam satu temu bual yang dijalankan pada 16 Januari 2026, Nurul Asyiqin menyatakan bahawa antara cabaran utama sepanjang penganjuran program ialah persaingan dengan program-program lain yang dianjurkan dalam tempoh masa yang sama. Keadaan ini menyukarkan pihak penganjur untuk mendapatkan perhatian dan penyertaan sepenuhnya daripada warga kampus.
Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa kesukaran mendapatkan lokasi yang sesuai menjadi satu lagi cabaran besar dalam menjayakan Mini Kempen Eco Stride Batik Walk. Kekangan dari segi ketersediaan tempat memerlukan perancangan yang teliti serta kerjasama daripada pelbagai pihak berkaitan.
Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, Saudari Nurul Asyiqin tetap komited memimpin pasukan bagi memastikan Mini Kempen Eco Stride Batik Walk dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program ini bukan sahaja membawa mesej kelestarian alam sekitar, malah menggabungkan elemen warisan budaya melalui pemakaian batik sebagai simbol identiti dan kesedaran komuniti kampus.
Mini Kempen Eco Stride Batik Walk diharap dapat memberi pendedahan serta pengalaman bermakna kepada pelajar dalam mengurus dan melaksanakan program komunikasi sosial secara praktikal.