Bagaimana manusia melihat warna, mentafsir maklumat visual dan memahami persekitaran sekeliling bukan sekadar bergantung kepada mata semata-mata, sebaliknya melibatkan proses kompleks dari mata ke otak. Perkara ini dihuraikan oleh Noras binti Jak, seorang pelajar psikologi semester tiga, ketika ditemu bual mengenai topik awareness dan laluan awal visual (pathway from eye to brain).
Menurut Noras, perbincangan utama tertumpu kepada bagaimana sesuatu rangsangan visual dipersepsi sebelum ditafsirkan oleh otak. “Hari ini adalah tentang awal pathway from eye to brain. Macam mana kita perceive sesuatu itu dan kemudian macam mana kita bawa tafsiran maklumat tersebut,” jelasnya ketika menerangkan fokus pembelajaran dalam bidang psikologi persepsi.
Beliau menerangkan bahawa kesedaran (awareness) seseorang terhadap persekitaran tidak semestinya menambah ilmu secara langsung, namun membantu individu memahami apa yang mereka lihat. “Awareness kat orang ni bukan bermaksud dia terus ada ilmu, tapi sekurang kurangnya dia tahu apa yang berlaku di sekeliling,” katanya. Sebagai pelajar psikologi, pemahaman ini membantu mengenal pasti bagaimana manusia menerima maklumat dan bagaimana tambahan maklumat boleh mempengaruhi tafsiran.
Dalam konteks penglihatan warna, Noras menjelaskan bahawa terdapat pelbagai jenis color blindness seperti protanopia, deuteranopia dan tritanopia. Setiap jenis memberi kesan berbeza terhadap keupayaan seseorang membezakan warna. Selain itu, beliau turut menyentuh isu night blindness yang menjejaskan penglihatan dalam keadaan cahaya malap.
Mengulas tentang punca, Noras berkata kebutaan warna kebanyakannya berpunca daripada faktor genetik. “Kalau genetik, kita tak boleh nak ubah,” katanya. Namun begitu, faktor persekitaran juga memainkan peranan, termasuk pendedahan kepada bahan kimia berbahaya di tempat kerja atau persekitaran tertentu. “Kalau bekerja dekat kilang dan terdedah dengan bahan kimia, itu pun boleh beri kesan,” tambahnya. Selain itu, pengambilan ubat-ubatan tertentu juga boleh mempengaruhi penglihatan.
Walaupun kebutaan warna tidak mempunyai penawar, Noras menegaskan ia masih boleh diurus. “Benda ni tak ada cure, tapi kita boleh manage dia,” jelasnya. Antara kaedah pengurusan termasuk penggunaan kanta khas (speciality lens) untuk membantu individu mengenal pasti warna dengan lebih baik. Teknologi juga kini memainkan peranan penting, seperti aplikasi atau peranti yang boleh mengesan dan mengingati warna bagi membantu individu dalam kehidupan seharian.
Kesimpulannya, pemahaman tentang laluan visual dari mata ke otak bukan sahaja penting dalam bidang akademik psikologi, malah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepelbagaian cara manusia melihat dan mentafsir dunia.
Sebagai penulis, artikel ini membuka perspektif tentang betapa kompleksnya proses penglihatan manusia serta kepentingan kesedaran terhadap perbezaan individu, khususnya dalam memahami isu kebutaan warna dan cara pengurusannya.