Kepelbagaian Kaum di UPSI kukuhkan Perpaduan Kampus Program di UPSI mampu mengeratkan hubungan antara kaum

Oleh: Nur Fazdlynna Binti Ja’apar & Dr. Ahmad Sauffiyan Bin Abu Hasan

Tanjong Malim, 15 Januari 2026- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi contoh keharmonian masyarakat majmuk apabila mahasiswa daripada pelbagai kaum dan latar budaya hidup dalam suasana saling menghormati. Persekitaran kampus yang inklusif mewujudkan ruang interaksi positif sekaligus mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan warga universiti.

Kepelbagaian kaum di UPSI dapat dilihat melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti akademik, kebudayaan dan kesukarelawanan tanpa mengira perbezaan bangsa atau agama. Program seperti malam kebudayaan, sambutan perayaan dan aktiviti kelab sering menjadi platform utama untuk mengeratkan hubungan.

Menurut Pelajar UPSI berbangsa Cina, Mei ling, suasana kampus memainkan peranan besar dalam membentuk nilai toleransi mahasiswa.




Temu bual bersama kaum Cina pelajar UPSI

“Apabila pelajar belajar belajar dan beraktiviti bersama, mereka lebih mudah memahami budaya antara satu sama lain. Pengalaman ini sangat penting kerana mereka bakal menjadi pendidik dan pemimpin suatu hari nanti,” jelasnya

Pelajar UPSI Xiao Yu, berkongsi bahawa persahabatan rentas kaum di UPSI banyak mengubah perspektif dirinya.

“Saya ada kawan Melayu, Cina, dan Iban. Kami selalu belajar bersama dan sambut perayaan masing-masing. Di sini saya belajar bahawa perbezaan bukan halangan untuk jadi rapat,” katanya,

Pihak universiti juga aktif menganjurkan program berteraskan perpaduan seperti dialog antara agama, festival kebudayaan dan projek khidmat komuniti yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum.

Secara keseluruhannya, hubungan harmoni antara kaum di UPSI membuktikan bahawa institusi pendidikan tinggi mampu menjadi medan terbaik untuk menyemai nilai perpaduan. Budaya saling menghormati ini diharap terus diperkukuh agar melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah matang dalam aspek sosial dan kemasyarakatan.