Kesedaran Kesihatan Mental: Pelajar Semakin Diperlukan di Institusi Pengajian Tinggi

oleh: ​​Nurul Syamirah Binti Zamrey,& Ahmad Sauffiyan Abu Hasan

TANJONG MALIM, 10 Januari 2026 – Kesedaran terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi semakin mendapat perhatian berikutan peningkatan tekanan akademik, masalah kewangan serta kesunyian sosial yang dihadapi oleh golongan muda masa kini. Keadaan ini mendorong keperluan sokongan kesihatan mental yang lebih meluas dan sistematik bagi memastikan kesejahteraan emosi serta kelangsungan prestasi akademik pelajar terpelihara.

Peningkatan isu berkaitan tekanan emosi dan mental dalam kalangan pelajar universiti, termasuk simptom kebimbangan, kemurungan, keletihan mental dan tekanan melampau. Isu ini bukan sahaja menjejaskan pencapaian akademik, malah memberi kesan kepada hubungan sosial dan kualiti hidup pelajar secara keseluruhan.

Kebanyakan pelajar institusi pengajian tinggi daripada pelbagai latar belakang, yang mengalami kesihatan mental khususnya pelajar tahun pertama yang sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus serta pelajar tahun akhir yang berdepan tekanan tugasan, projek penyelidikan dan persediaan memasuki alam pekerjaan. Selain itu, pihak pentadbiran universiti, kaunselor dan pensyarah turut memainkan peranan penting dalam menangani isu ini.

Isu ini semakin ketara ialah sejak kebelakangan ini, apabila tuntutan akademik yang semakin mencabar digabungkan dengan perubahan gaya hidup dan ketidaktentuan ekonomi. Tekanan sering memuncak pada musim peperiksaan, tarikh akhir tugasan dan tempoh penilaian akademik yang padat.

Isu ini paling jelas dapat dilihat ialah di kampus-kampus universiti dan kolej, terutamanya dalam kalangan pelajar yang tinggal di kolej kediaman atau menyewa di luar kampus. Persekitaran pembelajaran yang kompetitif serta kekurangan sokongan sosial secara langsung menyumbang kepada perasaan terasing dan kesunyian.

Isu kesihatan mental pelajar semakin terjejas adalah disebabkan oleh beberapa faktor utama, antaranya beban akademik yang tinggi, kekangan kewangan untuk menampung kos sara hidup dan yuran pengajian, serta tekanan untuk memenuhi jangkaan keluarga dan masyarakat. Selain itu, kekurangan kesedaran dan stigma terhadap isu kesihatan mental menyebabkan sebahagian pelajar enggan mendapatkan bantuan awal.

Antara usaha untuk menangani isu ini adalah dengan melalui penyediaan perkhidmatan kaunseling, program kesedaran kesihatan mental, bengkel pengurusan tekanan serta kempen sokongan emosi di peringkat institusi. Pihak universiti juga digalakkan mewujudkan persekitaran kampus yang lebih inklusif dan mesra pelajar dengan menggalakkan komunikasi terbuka serta sokongan rakan sebaya.

Secara keseluruhannya, kesedaran terhadap kesihatan mental pelajar perlu diperkukuh secara berterusan agar isu ini dapat ditangani lebih awal dan berkesan. Kerjasama antara pelajar, pihak universiti dan masyarakat amat penting dalam mewujudkan ekosistem pembelajaran yang sihat, seimbang dan menyokong kesejahteraan mental generasi masa hadapan.

Nurul Syamirah Zamrey pelajar tahun akhir Komunikasi Sosial UPSI dan Dr. Ahmad Sauffiyan Abu Hasan pensyarah UPSI