Oleh Wan Nur Izzah Binti Wan Roslan & Dr Ahmad Sauffiyan Bin Abu Hasan
TANJUNG MALIM — Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melaksanakan Jadual Penggiliran Pengimarahan Masjid Al-Mursyidin bagi waktu Maghrib hingga Isyak yang bermula 12 hingga 17 Januari 2025. Program ini dijalankan sebagai satu usaha berterusan bagi kemakmuran masjid dan menggalakkan penglibatan warga university dalam aktiviti keagaman.
Berdasarkan jadual yang dikeluarkan, terdapat beberapa kolej dan unit telah ditetapkan secara bergilir untuk bertugas sepanjang tempoh tersebut. Pada Isnin, 12 Januari 2025, pengimarahan melibatkan Kolej Ungku Omar (KUO), diikuti Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) pada Selasa, 13 Januari 2025. Seterusnya, Kolej Aminuddin Hassan (KAHS) bertugas pada Rabu, 14 Januari 2025, manakala Kolej Za’ba (KZ) dijadualkan pada Khamis, 15 Januari 2025.
Bagi Jumaat, 16 Januari 2025, pengimarahan masjid melibatkan Kolej Aminuddin Baki (KAB) Blok A bersama kolej-kolej kediaman yang lain. Sepanjang tempoh pengimarahan ini, aktiviti yang dijalankan merangkumi solat berjemaah serta ceramah keagamaan bagi mengimarahkan masjid serta memberi pengisian rohani kepada warga kampus.
Dalam konteks penggiliran tersebut bermaksud kolej yang bertugas berperanan untuk mengajak serta menggalakkan seluruh penghuni kolej masing-masing untuk menghadirkan diri ke Masjid Al-Mursyiddin bagi mengimarahkan rumah Allah SWT. Pendekatan ini dilihat sebagai satu usaha yang mampu meningkatkan penyertaan pelajar secara menyeluruh serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga kolej.
Selain itu, seperti yang dimaklumkan, mata CHAMP turut disediakan menjadi galakan kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif dalam program pengimarakan masjid yang dianjurkan ini.
Pelaksanaan penggiliran ini mencerminkan komitmen UPSI dalam menjadikan Masjid Al-Mursyidin sebagai pusat ibadah, ilmu dan pembentukan sahsiah. Usaha ini menunjukkan bahawa UPSI bukan sahaja menekankan kecermelangan dari segi akademik sahaja malah turut memberi perhatian kepada pembangunan kerohanian dan sahsiah warga universiti.
