Serangan AS di Venezuela, Maduro ditangkap




Oleh: Ahmad Sauffiyan Abu Hasan

Kuala Lumpur - Pada Sabtu, 3 Januari 2026, sekitar jam 2 pagi waktu tempatan, serangan udara Amerika Syarikat (AS) telah menggoncang ibu kota Caracas dan beberapa bandar utama Venezuela.

Ledakan kuat dilaporkan di pangkalan tentera Fort Tiuna, pangkalan udara La Carlota, serta kawasan strategik lain termasuk pelabuhan dan lapangan terbang di La Guaira. Serangan berlangsung hampir satu jam, dengan helikopter tempur dan jet pejuang melintasi ruang udara Caracas.

Presiden Nicolás Maduro segera mengumumkan keadaan darurat nasional, menyifatkan serangan itu sebagai “agresi militer yang sangat serius” oleh AS. Rakaman video warga menunjukkan kepulan asap besar di beberapa lokasi di Caracas, menimbulkan panik dalam kalangan penduduk.

Menurut laporan rasmi, sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh, termasuk anggota tentera dan orang awam. Presiden Maduro dan isterinya, Cilia Flores, ditahan oleh pihak AS dan dibawa ke New York untuk didakwa kerana terlibat dengan konspirasi dadah dan pengganas. Mereka dijadualkan untuk perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Manhattan minggu depan.

Serangan ini adalah satu tindakan kententeraan terbesar dalam konflik panjang antara Washington dan Caracas. Venezuela mengecam keras tindakan AS, manakala pihak antarabangsa masih menunggu penjelasan rasmi dari Washington. Presiden AS, Donald Trump, mengesahkan operasi tersebut dan menyatakan ia sebagai kejayaan dalam menumpaskan “rejim Maduro”.