“Side Hustle” Jadi Talian Hayat Pelajar Untuk Meneruskan Kelangsungan Hidup.


Sumber: MySumber TV (Google)


Ditulis oleh: Nur’ Fatima Abdul Samat & Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan  


Segelintir pelajar universiti sekarang mengambil inisiatif untuk melakukan kerja sampingan demi meningkatkan lagi wang saku dan demi melunaskan yuran pengajian setiap semester. Perkara ini terjadi kerana kebanyakan antara mereka tidak mahu terus bergantung kepada pinjaman 

Banyak pekerjaan yang dilakukan oleh pelajar zaman sekarang untuk memperluaskan pengalaman pekerjaan mereka. Fenomena ini dapat memperlihatkan sisi matang pelajar yang sanggup berkorban untuk melakukan beberapa pekerjaan dalam satu waktu yang sama. 

Antara pekerjaan yang dilakukan adalah menjual makanan, melakukan servis perkhidmatan fotostat, memotong rambut dan banyak lagi. 

Seorang pelajar universiti yang sedang bekerja telah ditemui dan di temubual mengenai kerja sambilan yang dilakukannya. Menurut pelajar wanita itu, hasil gaji yang dikumpul sedikit demi sedikit tersebut boleh mencecah sehingga ribuan ringgit dan boleh digunakan untuk membayar universiti. 

"Kos sara hidup sekarang semakin tinggi, jadi saya tidak mahu membebankan ibu bapa. Dengan melakukan side hustle seperti menjual nasi lemak dan servis penghantaran (COD), saya mampu menyimpan sekurang-kurangnya RM300 hingga RM500 sebulan khusus untuk tabung yuran," katanya.

Walaupun tujuan utama adalah mencari duit, tetapi aspek akademik tidak boleh dilupakan. Mahasiswa tersebut mengakui bahawa pengurusan masa yang baik adalah sangat penting. Hal ini kerana pendidikan perlu menjadi kewajipan utama manakala pekerjaan boleh dilakukan pada waktu yang terluang. 

Melakukan kerja sampingan bukanlah satu perkara yang negatif kepada para pelajar universiti. Ini boleh menjadi salah satu cara untuk melahirkan lebih banyak graduan yang mempunyai nilai tambah dari segi kemahiran keusahawanan dan ketahanan mental yang tinggi. Oleh itu, setiap pelajar mempunyai cara yang tersendiri untuk meringan beban mereka, namun tetaplah beringat untuk sentiasa mendahulukan tanggungjawab asal sebagai pelajar.