Bukan Sekadar Raya: AMAR Perkasa Ahli Melalui Program Germa Vanguard Aidilfitri


Gambar 1: Gambar sesi fotografi Program Germa Vanguard Aidilfitri


Oleh : Naveen A/L Suresh dan Dr.Ahmad Sauffiyan Abu Hasan



Tanjung Malim, 5 APRIL 2026 - Program Germa Vanguard Aidilfitri telah berlangsung pada 5 April 2026 (Ahad) bertempat di Bilik Mesyuarat, Fakulti Sains dan Matematik, bermula seawal 8.30 pagi hingga 1.30 petang.


Program ini dianjurkan oleh Exco Ekonomi dan Keusahawanan (EDK), Persatuan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) yang melibatkan pelajar bawah persatuan AMAR dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Program ini dianjurkan bagi tujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli persatuan dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama.


Penggunaan nama ‘Vanguard’ dalam program ini bukan sekadar istilah, tetapi merujuk kepada nama sidang bagi sesi 2025/2026, sebagai satu bentuk penghormatan kepada barisan ahli yang menjadi pelopor dalam membawa agenda integriti.




Gambar 2: Ucapan Pengarah Program Germa Vanguard Aildifitri, Muhammad Hakimi bin Mohd Faizal


Pengarah Program Germa Vanguard Aildilfitri iaitu Muhammad Hakimi Bin Mohd Faizal bersyukur atas program ini berjalan lancar serta merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan komitmen yang tinggi.


Beliau mengatakan bahawa, program Germa Vanguard Aidilfitri merupakan program pertama yang beliau menjadi pengarah program dan beliau bersyukur kerana objektif program tercapai iaitu mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli AMAR.



Gambar 3: Ucapan Yang Di-Pertua Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah, Engku Harith Aizuddyn Bin Engku Harith 


Program ini diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Di-Pertua AMAR iaitu Engku Harith Aizuddyn Bin Engku Harith. Dalam ucapan Yang Di-Pertua, beliau puji Muhammad Hakimi yang berjaya menganjurkan program ini. Beliau juga menekankan bahawa hubungan silaturahim antara satu sama lain perlu dijaga dengan erat supaya tidak berlakunya perselisihan fahaman.


Beliau menyeru ahli AMAR memanfaatkan peluang ini sepenuhnya dan mengumumkan bahawa program ini akan diteruskan pada masa akan datang. Selain daripada itu, Yang Di-Pertua AMAR mengucapkan penghargaan dan juga Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli yang datang ke program tersebut.


Gambar 3: Ucapan Penasihat Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah, Puan Noraini binti Sapuan


Setelah ucapan Yang Di-Pertua berakhir, majlis diteruskan dengan ucapan Penasihat AMAR, Puan Noraini binti Sapuan. Beliau mengatakan bahawa beliau amat kagum dengan persiapan yang disediakan oleh para Ahli Jawatankuasa sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.



Seterusnya, pelbagai aktiviti diadakan untuk memeriahkan suasana Hari Raya. Antara aktivitinya adalah berpantun tema Hari Raya, nyanyi sama- sama dan sebagainya. Semua ahli telah mengambil bahagian dalam aktiviti - aktiviti tersebut dan berseronok sama-sama. 


Sesi fotografi telah diadakan pada penghujung program sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.


Sesi ini turut menjadi simbol penutup kepada Program Germa Vanguard Aidilfitri yang telah berlangsung dengan lancar dan penuh kemeriahan serta meninggalkan banyak kenangan.