Oleh : ROSEMAWANI BINTI MOHD ROKI
KELANTAN- Kasih sayang ibu bapa terhadap anak merupakan ikatan yang suci dan sukar dipisahkan. Sejak kecil, anak dipertanggungjawabkan kepada kedua ibu bapa dan dibimbing ke arah yang benar. Namun, bagaimana jika anak tersebut dikaitkan dengan jenayah yang berat? Adakah kasih sayang ini melebihi tanggungjawab yang dimiliki individu terhadap undang-undang?
Persoalan ini sering timbul apabila terdapat kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli keluarga suspek sanggup didakwa membantu menyembunyikan kebenaran, memberi perlindungan kepada suspek. Dalam situasi sedemikian, masyarakat menilai tindakan suspek malah mempersoalkan peranan ibu bapa yang sepatutnya mendidik anak-anak mereka.
Perkara yang sama berlaku apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan mayat seorang mangsa perempuan kira-kira 12:00 tengah malam di atas jalan. Mangsa disahkan sudah meninggal akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada. Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II telah mengesahkan terdapat 61 tikaman di badan mangsa.
Kes ini menjadi sorotan media kerana ibu bapa suspek berusaha menutup kesalahan anak yang telah melakukan jenayah. Menurut pemerhati, terdapat perbezaan besar antara menyokong anak secara emosi demi membantu mereka mengelakkan tanggungjawab. Pada masa yang sama, keluarga mangsa secara tidak langsung bukan sahaja melambatkan proses siasatan, malah menambah penderitaan yang ditanggung keluarga mangsa atas kehilangan.
Hakikatnya, kasih sayang ibu bapa merupakan sesuatu yang tidak ternilai. Namun, kasih sayang yang sebenar tidak semestinya bermaksud melindungi anak akibat perbuatan tidak bermoral. Justeru, keseimbangan antara kasih sayang, tanggungjawab moral perlu menjadi pertimbangan utama menghadapi realiti dan tanggungjawab atas setiap tindakan yang dilakukan.
Pada akhirnya, keadilan dan kebenaran tidak seharusnya dikorbankan atas nama kasih sayang. Kasih sayang sebenar bukanlah menutup kesalahan, tetapi membimbing seseorang berani mengakui kesalahan dan menerima akibat perbuatan itu. Dengan cara tersebut, nilai kemanusiaan dapat terus dipelihara dalam masyarakat.