Oleh : Sorfina Adawiah Fakhrur Razi dan Dr. Ahmad Saufiyyan bin Abu Hassan
Tanjong Malim – Kini, era media sosial berkembang dengan pantas, trend dan gaya hidup menjadi perkara yang mudah dipengaruhi dalam golongan muda khususnya pelajar institusi pengajian tinggi. Kewujudan media sosial menjadi asbab utama pelajar terdedah kepada trend terkini dari pelbagai aspek. Fesyen, gadget, makanan, aksesori mahupun gaya hidup harian. Perkara ini menimbulkan tanda tanya apabila pelajar mula berbelanja melebihi kemampuan semata-mata memenuhi trend semasa.
Budaya berbelanja secara berlebihan menjadi kebiasaan dalam kalangan pelajar. Sesetengah pelajar melakukan pembelian bukan atas dasar keperluan, tetapi demi kepuasan sementara dan keinginan untuk kelihatan setanding dengan orang lain. Media sosial dilihat menjadi antara faktor utama yang mempengaruhi gaya perbelanjaan ini. Pelajar sering membandingkan diri dengan kehidupan yang dipaparkan oleh influencer atau rakan sebaya di internet. Situasi ini secara tidak langsung mewujudkan tekanan sosial untuk sentiasa tampil mengikut trend agar tidak dianggap ketinggalan.
Namun dari segi positif pula, sesetengah pembelian menjadi satu motivasi, meningkatkan keyakinan dan menjai penghargaan kecil bagi kejayaan diri. Tidak salah untuk membeli dan menikmati hasil usaha sendiri setelah melaksanakan sesuatu perkara.
Kesimpulannya, berbelanja bukanlah sesuatu yang salah tetapi pelajar haruslah bijak dalam membezakan kehendak atau kemahuan. Dalam dunia yang semakit membangun pesat ini, semua pihak seharusnya pintar dalam menemui keseimbangan dalam berbelanja agar gaya hidup tidak akan membebani diri sendiri.