Program MoU UPSI dan Lima Rakan Industri Buka Peluang dan Beri Impak Positif Kepada Pelajar Komunikasi.
Oleh: Athirah Mohd Roslan
TANJUNG MALIM- Universiti Pendidikan Sultan Idris terus memperkukuhkan hubungan strategik bersama lima rakan industri menerusi program memorandum persefahaman (MoU) yang melibatkan beberapa rakan industri terkenal seperti SKOP Production, Aaron Aziz Production, Noir, Oh My Media dan AQ Energy.
Program ini memberi impak positif kepada pelajar khususnya dalam bidang komunikasi sosial dan pembangunan kandungan apabila mereka berpeluang memahami kehendak sebenar industri secara lebih dekat. Melalui kerjasama ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti serta keyakinan diri menerusi peluang latihan industri, kolaborasi projek dan perkongsian pengalaman bersama profesional industri.
Selain melahirkan graduan yang lebih berdaya saing, program ini turut membantu pelajar membina jaringan profesional yang luas sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan. Inisiatif ini membuktikan komitmen UPSI dalam memastikan mahasiswa mendapat pengalaman pembelajaran yang relevan selari dengan keperluan industri semasa.