CCL UPSI Tingkat Fokus dan Produktiviti Pelajar

Oleh: Corina Stephen Dan Dr Ahmad Sauffiyan Bin Abu Hasan

 TANJONG MALIM – Creative Communication Lab (CCL) Universiti Pendidikan Sultan  Idris (UPSI) menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi menyokong  aktiviti akademik serta penghasilan kerja kreatif dalam kalangan pelajar. Kemudahan ini direka  khusus bagi memenuhi keperluan pelajar, terutamanya dalam bidang komunikasi dan media. 

CCL dilengkapi dengan pelbagai fasiliti moden seperti sistem penghawa dingin, komputer  iMac, serta meja dan kerusi yang selesa bagi memastikan keselesaan pengguna sepanjang sesi  pembelajaran dan perbincangan. Kelengkapan ini membantu pelajar menyiapkan tugasan, 

menjalankan projek kreatif serta mengadakan perbincangan secara berkumpulan dengan lebih  berkesan. 

Menurut seorang pelajar UPSI, suasana yang tenang dan selesa di CCL meningkatkan fokus  serta produktiviti. “Kemudahan yang lengkap dan persekitaran yang kondusif menjadikan CCL  tempat yang sesuai untuk kami menyiapkan tugasan dan berbincang,” katanya. 

Kewujudan Creative Communication Lab ini mencerminkan komitmen UPSI dalam  menyediakan kemudahan pembelajaran berkualiti, sekali gus menyokong pembangunan  kemahiran kreatif dan profesional pelajar sejajar dengan keperluan industri semasa.