CIRCO 2026 Persidangan Projek Tahun Akhir Perkukuh Budaya Diskusi Akademik Pelajar Komunikasi Sosial


A group of people posing for a photo

AI-generated content may be incorrect.

Gambar diambil oleh Jason Lee Mun Hou


By: Chiang Tze Hong & Dr. Ahmad Sauffiyan Bin Abu Hasan |

Tanjung Malim, 7 Januari 2026 — Seramai 10 pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Sosial) dengan Kepujian membentangkan kertas penyelidikan masing-masing dalam Persidangan Projek Tahun Akhir yang berlangsung di Anjung 2 Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, dari jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang.

Persidangan akademik tersebut dianjurkan khusus bagi memberi ruang kepada pelajar tahun akhir untuk mempersembahkan dapatan penyelidikan mereka secara formal di hadapan pensyarah serta rakan pelajar. Setiap pembentangan dijalankan dalam suasana akademik yang tersusun, membolehkan pelajar menjelaskan objektif kajian, metodologi, dapatan serta implikasi penyelidikan dengan penuh keyakinan.

Sepanjang persidangan, para pelajar menunjukkan tahap kesediaan dan keyakinan yang tinggi dalam mempertahankan kertas penyelidikan masing-masing. Sesi soal jawab yang dijalankan selepas setiap pembentangan turut membuka ruang perbincangan kritikal antara pelajar dan pensyarah, sekali gus memperkayakan kefahaman terhadap isu dan pendekatan penyelidikan yang dibincangkan.

Menurut Jason Lee salah seorang peserta persidangan, platform ini memberi peluang untuk mengenal pasti kelemahan kajian sebelum penyerahan akhir.

“Maklum balas daripada pensyarah sangat membantu kami memahami kesilapan kecil yang mungkin terlepas pandang serta menambah baik kualiti penyelidikan,” katanya ketika ditemu bual selepas sesi pembentangan.

Objektif utama penganjuran persidangan ini adalah untuk melatih pelajar membentangkan hasil penyelidikan secara profesional di samping mewujudkan persekitaran diskusi akademik yang sihat dan berkesan. Selain itu, program ini turut berperanan meningkatkan kemahiran komunikasi lisan, pemikiran kritis dan keupayaan pelajar menerima pandangan akademik secara terbuka.

Secara keseluruhan, Persidangan Projek Tahun Akhir ini berjaya mencapai matlamatnya sebagai platform pembelajaran berasaskan pengalaman yang memperkukuh kecemerlangan akademik pelajar. Penganjuran program seumpama ini membuktikan komitmen Fakulti Bahasa dan Komunikasi dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, berpengetahuan serta bersedia menghadapi cabaran akademik dan profesional pada masa hadapan.