sumber: Stargazer, UPSI
Oleh: Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
TANJONG MALIM, – Kelab Stargazers UPSI hari ini mengeluarkan Kalendar Astronomi bagi Januari 2026, yang memaparkan beberapa fenomena langit penting untuk rujukan warga kampus dan orang awam.
Menurut kalendar tersebut, 3 Januari 2026 menandakan kejadian Bulan Penuh yang dikenali sebagai Wolf Moon. Seterusnya, pada 10 Januari 2026, planet Musytari berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi, menjadikannya antara objek planet yang jelas untuk diperhatikan menggunakan teleskop.
Manakala pada 19 Januari 2026, fenomena Bulan Baru dijangka berlaku, satu fasa yang sesuai untuk pemerhatian objek langit dalam yang tidak terganggu oleh cahaya bulan.
Stargazers UPSI berharap perkongsian kalendar ini dapat meningkatkan minat dan kesedaran masyarakat terhadap astronomi serta menggalakkan aktiviti cerapan langit secara beretika dan berinformasi.
.jpg)