Makmal Suaian Fizikal Upsi Beri Komuniti Manfaat

Pelajar ISM Sains Sukan Kejurulatihan ditemu bual mengenai Makmal Suaian Fizikal /

 Gambar Nur’ Fatima


oleh: Nur’ Fatima Abdul Samat & Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan 

Tanjong Malim, 21 Nov - Kesedaran tentang tahap kecergasan diri dapat dipertingkat melalui kemudahan di Makmal Suaian Fizikal Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menurut pelajar Sains Sukan Kejurulatihan, Muhammad Alif Ruhaimi, yang menyeru lebih ramai pelajar dan orang awam memanfaatkan fasiliti tersebut. 


Makmal Suaian Fizikal yang terletak di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) ini merupakan satu pusat latihan gimnasium yang juga digunakan sebagai hub penilaian prestasi atlet dan kesihatan umum. Makmal ini sangat lengkap dengan peralatan yang berteknologi tinggi yang dapat mengukur data saintifik yang tepat. Teknologi yang canggih ini dapat membantu pengunjung untuk menyalaraskan kemampuan penggunaan mereka secara automatik



Dalam sesi temu bual yang berlaku pada baru baru ini, Alif sempat menunjukkan beberapa demonstrasi cara penggunaan peralatan di makmal tersebut. Demonstrasi ini bagi memberikan pandangan yang lebih jelas mengenai prosedur untuk mengukur tahap kecergasan fizikal seseorang. Antara peralatan yang digunakan termasuklah; mesin analisis komposisi badan, ujian VO2 Max dan peralatan latihan beban ergonomik. 


Alif mengatakan bahawa ramai yang datang ke makmal tersebut kerana tidak mengetahui keperluan sebenar badan selain bersenam. Beliau juga menekankan bahawa di makmal tersebut bukan sahaja menyediakan tempat, malah membantu pengguna memahami data saintifik di sebalik kecergasan mereka demonstrasi dan bimbingan yang betul.


Langkah untuk mempromosikan makmal ini merupakan satu hal yang baik untuk merapatkan jurang antara university dan masyarakat setempat. Selain pelajar UPSI, warga Tanjong Malim sangat dialu - alukan untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan fasiliti yang bertaraf profesional secara percuma tanpa melakukan sebarang bayaran. 


Penggunaan makmal ini juga diselia oleh para pelajar dan pakar sains sukan, sekaligus menjamin kualiti latihan yang diterima oleh pengguna adalah berasaskan sains sukan yang sahih.