PENDAPAT: Kepentingan Memasak Sendiri Bantu Pelajar Kolej Jimat Perbelanjaan




  • Gambar temu bual Ting di Kompleks Akademik


Disediakan oleh Masturina binti Azhar dan Dr Ahmad Sauffiyan bin Abu Hasan 


Amalan memasak sendiri dilihat memberi kepentingan besar dalam membantu pelajar kolej mengurus kewangan serta menjimatkan perbelanjaan harian, khususnya bagi mereka yang menetap di asrama sekitar Tanjung Malim.


Salah seorang pelajar yang di temubual pada 20 November 2025 dan ingin dikenali sebagai Ting berkata, aktiviti memasak menjadi rutin selepas tamat waktu kelas, terutamanya pada waktu malam dan sering dilakukan bersama rakan-rakan.


Menurutnya, menu yang dipilih adalah ringkas dan mudah disediakan seperti sup ABC, selari dengan jadual pelajar yang padat serta kos penyediaan yang lebih rendah berbanding membeli makanan di luar.


Bahan-bahan masakan kebiasaannya dibeli di sekitar Pekan Tanjung Malim, khususnya di TF Value-Mart, yang menjadi pilihan pelajar kerana menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan.


Tambah beliau, selain membantu menjimatkan perbelanjaan sebagai pelajar, amalan memasak sendiri turut memberi peluang untuk mengawal pemakanan, mengurus masa dengan lebih berkesan serta mengeratkan hubungan sesama rakan selepas seharian menghadiri kuliah.


Secara keseluruhan, kepentingan memasak sendiri bukan sahaja memberi manfaat dari segi penjimatan kos, malah membentuk sikap berdikari dan pengurusan kewangan yang lebih berhemah dalam kalangan pelajar kolej.