Ponggal Thiruvizha 2026 Sambut Warisan Budaya di UPSI


Oleh: Abbirami Sathiamoorthi

TANJONG MALIM, 17 Jan 2026 — Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menghadiri program Ponggal Thiruvizha 2026 yang diadakan di Tapak FBK, hari ini, bagi memperingati warisan budaya India serta menanam rasa syukur terhadap alam semula jadi.

Profesor Madya Dr. Sethuprakhash A/L Vengidason sedang merasmikan Pongal Thiruvizha 2026 dengan menyalakan pelita

Program anjuran Kelab Kebudayaan Bahasa Tamil (KKB) UPSI dan Persatuan Bahasa Tamil (PBT) itu menampilkan pelbagai aktiviti termasuk memasak pongal menggunakan kaedah tradisional dengan kayu api, pertandingan menghias bunga, makan tebu, kuiz dan pertandingan memecahkan periuk.

Pengarah program, Joel, berkata:

“I think this Ponggal is very important because it can gather all students and as well as immerse with Indian culture. For now we have done with our rehearsal, performances and well as the event flow. So far so good.”

Seorang peserta, Ros, berkongsi pengalaman beliau:

“My experience so far is great. I got see a lots of competitions, got to see a lots of performances, I really loved the Bharathanatyam, the first Bharathanatyam, the gimmick performance. Overall my experience were great.”

Pemberian penghargaan kepada VIP (kanan) dari Pengarah Program Joel (kiri)

Tinjauan mendapati program tersebut dihadiri oleh pelajar daripada beberapa persatuan seperti Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Komunikasi, Perintis, Persatuan Persuratan Melayu, Persatuan Bahasa Cina, English Language Society, . Turut hadir memberi sokongan adalah Profesor Madya Dr. Sethuprakhash A/L Vengidason dari Fakulti Teknikal dan Vokasional. Para pelajar menunjukkan kefahaman mengenai tujuan sambutan festival ini apabila mampu menjawab soalan kuiz berkaitan Ponggal dengan tepat. Selain itu, peserta kelihatan menikmati setiap pertandingan dan persembahan yang dianjurkan. 


Program ini berlangsung dengan lancar dan memberi peluang kepada pelajar bukan India untuk mempelajari budaya India serta menyertai sambutan secara bersama.
Penganjuran Ponggal Thiruvizha 2026 bukan sahaja mengekalkan tradisi masyarakat India di UPSI, malah meningkatkan kefahaman budaya antara kaum, sekaligus mengeratkan hubungan antara pelajar pelbagai latar belakang di kampus.