Riadah Petang Jadi Pilihan Utama Pelajar UPSI Hilangkan Stres Sambil Bersenam

 

Sekumpulan Pelajar Beriadah Di UPSI (Sumber : Tiktok @LenSyuk) 


Oleh : Alia Nurshazlen Azmi dan Dr Ahmad Sauffiyan 

TANJONG MALIM, 16 Januari – Aktiviti riadah pada waktu petang kini menjadi rutin popular dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai cara untuk melepaskan tekanan akademik sambil mengekalkan gaya hidup sihat. 

Seawal jam 5 petang, kawasan sekitar kampus seperti padang universiti, trek jogging dan Arena UPSI mula dipenuhi pelajar yang mengambil kesempatan untuk berjoging, berbasikal, bermain badminton serta melakukan senaman ringan bersama rakan-rakan. 

Selain memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, riadah petang turut menjadi medium sosial apabila pelajar dapat meluangkan masa bersama rakan serta mengeratkan

hubungan silaturahim. Ada yang memilih untuk bersenam secara berkumpulan, manakala sebahagian lagi lebih selesa menikmati suasana petang secara bersendirian sambil mendengar muzik. 

Kemudahan sukan yang disediakan oleh pihak universiti seperti padang, gelanggang terbuka dan laluan pejalan kaki yang teratur turut menggalakkan budaya aktif dalam kalangan pelajar.