36,000 Sertai himpunan tunjuk perasaan di Tokyo menentang desakan PM Jepun

 

TOKYO, 19 APRIL 2026 - Puluhan ribu rakyat Jepun berhimpun di Tokyo 

untuk membantah rancangan kerajaan meminda perlembagaan, khususnya 

Artikel 9 yang menolak peperangan. Dianggarkan sekitar 36,000 penunjuk 

perasaan menyertai demonstrasi tersebut, menjadikannya antara protes 

besar dalam bulan April. Mereka membawa slogan keamanan dan menuntut 

agar Artikel 9 dikekalkan tanpa perubahan.


Para peserta menyuarakan kebimbangan bahawa pindaan itu boleh membuka 

jalan kepada Jepun untuk terlibat dalam konflik ketenteraan. Mereka 

menegaskan perlembagaan damai itu penting sebagai pengajaran daripada 

sejarah perang negara.


Penunjuk perasaan turut menggesa kerajaan supaya mendengar suara rakyat

dan menghentikan usaha pindaan tersebut, mencerminkan kebimbangan 

sebahagian masyarakat terhadap perubahan dasar keselamatan Jepun. - Xinhua