Berita Palsu: Menjadi Racun Kepada Masyarakat


Oleh: Avioletha Anne dan Dr. Ahmad Sauffiyyan Abu Hasan


TANJUNG MALIM, 13 APRIL - Penyebaran berita palsu atau dikenali sebagai fake news kini menjadi ancaman dalam kalangan masyarakat dan boleh menimbulkan kegusaran akibat berita yang tidak sahih. Dalam era digital kini, penyebaran berita palsu mampu tersebar ke seluruh dunia dalam tempoh beberapa saat kerana maklumat sekarang berada di hujung jari berbeza pada zaman sebelum teknologi menjadi serba guna dimana hanya sekadar khabar angin di kedai kopi. Kegusaran yang timbul akibat berita palsu mampu menggugat keharmonian di samping kestabilan sosial, ekonomi dan keselamatan negara.

Menurut sumber, Marieanne (21) yang merupakan pelajar kimia, mengatakan bahawa penyebaran berita palsu sangat bahaya kerana ia boleh menjejaskan reputasi seseorang. Tambahan lagi, penyebaran berita palsu juga mampu menggugat keharmonian kaum dan ketenteraman atau keamanan sesebuah masyarakat. Selain itu, kesan penyebaran berita palsu ini boleh menyebabkan perbalahan kaum jika tidak dikawal dengan baik.

Menurut sumber lain pula, Nourel (21) yang merupakan pelajar kimia, menyatakan bahawa penyebaran berita palsu bahaya terutamanya kepada golongan tua yang tidak mengetahui berita yang sebenar. Kesannya, penyebaran berita palsu membahayakan terutama dalam kes scam duit atau penipuan duit yang menyudutkan golongan tua yang tidak tahu akan perkara yang ditipu atau tidak. Sumber menyatakan simpati kepada golongan tua yang mudah tertipu dan yang tidak dapat membezakan mana yang sahih atau tidak.

Di samping itu, menurut sumber lain juga, Amalina (22) yang merupakan pelajar Bahasa Melayu, menyuarakan pandangannya tentang penyebaran berita palsu akan menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat dan menyebabkan banyak perkara yang tidak betul dipercayai oleh masyarakat terutama bagi mereka yang mempunyai informasi yang terhad. Oleh itu, maklumat yang tidak sahih akan kebenarannya hendaklah disemak terlebih dahulu sebelum dikongsikan kepada orang ramai. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam berkongsi maklumat dan menjadi pengguna media sosial yang bijak.