BERITA PALSU SEKELILING KITA



Gambar 1: Temu duga bersama pelajar mengenali berita palsu dan kesannya kepada masyarakat.


Oleh Naveen A/L Suresh & DR. AHMAD SAUFFIYYAN 

TANJUNG MALIM: 3 orang pelajar Sem 2 bernama Asyikin, Alif dan Adib dari kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas dari Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah ditemu duga untuk mendapatkan pendapat mengenali berita palsu dan kesannya kepada masyarakat.


Melalui temu duga Asyikin berkata “sebenarnya orang yang menyebarkan berita palsu merupakan orang yang selalu berdekatan dengan kita juga. Saya juga pernah ditipu dengan berita palsu khususya berkaitan biasiswa.” 




Pada pendapat Adib pula beliau berkata bahawa,“ setiap pihak haruslah mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengatasi masalah penyebaran berita palsu supaya tidak banyak orang senang ditipu akibat percaya kepada berita palsu.”


Alif mengatakan bahawa, “bukan sahaja polis tetapi masyarakat pula menghindari daripada penyebaran berita palsu iaitu setiap masyarakat harusnya menyemak kebenaran fakta sesuatu berita dari pelbagai sudut.”


Akhir sekali, ketiga-tiga pelajar meminta supaya tidak terpedaya dengan berita palsu yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.