Sesi interview bersama pelajar USPI, Qila, bagi mendengar pandangan mereka tentang brisk walking yang kini menjadi aktiviti “healing session” untuk kesihatan fizikal dan mental.
OLEH JANAANEE SUNDRAM & DR AHMAD SAUFFIYAN BIN ABU HASAN
11.5.2026 | 5.30 PM MYT
UPSI, TANJUNG MALIM - Aktiviti brisk walking semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelajar USPI kerana dianggap sebagai cara mudah dan menyeronokkan untuk menjaga kesihatan fizikal serta mental. Dengan hanya berjalan pantas di sekitar kampus atau taman rekreasi berhampiran, ramai pelajar mula menjadikan aktiviti ini sebagai rutin harian mereka.
Selain membantu meningkatkan kecergasan badan, brisk walking juga menjadi medium untuk mengurangkan tekanan selepas menghadiri kelas dan menyiapkan tugasan akademik. Ada pelajar yang memilih untuk melakukan aktiviti ini pada waktu pagi bagi memulakan hari dengan lebih segar, manakala sebahagian lagi melakukannya pada waktu petang bersama rakan-rakan.
Interview bersama pelajar USPI, Wani, tentang brisk walking yang kini menjadi rutin “healing session” untuk kesejahteraan fizikal dan mental.
Menurut Wani, 22, beliau mengatakan bahawa brisk walking tidak memerlukan kos yang tinggi atau peralatan yang rumit, sekali gus menjadikannya aktiviti yang sesuai untuk semua golongan. Aktiviti ini turut membantu mengeratkan hubungan sosial apabila dilakukan secara berkumpulan.
Di samping itu, trend gaya hidup sihat dalam media sosial juga menjadi salah satu faktor yang mendorong minat pelajar terhadap brisk walking. Ramai pelajar mula berkongsi rutin harian, jumlah langkah, dan pencapaian kecergasan mereka sebagai motivasi kepada rakan lain.
Secara keseluruhannya, minat pelajar USPI terhadap briskwalking menunjukkan peningkatan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian. Aktiviti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada tubuh badan, malah membantu pelajar mengekalkan keseimbangan antara akademik dan kesejahteraan diri.