Oleh: Siti Nur Syazwani binti Rahim& Dr. Ahmad Sauffiyan bin Abu Hasan
Tanjong Malim – Suasana penuh warna-warni dan kegembiraan jelas terpancar di Pasar Saloma anjuran Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar (KUO) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Program ini bukan sahaja menjadi platform jualan pelbagai booth menarik, malah turut menghidupkan semangat kebersamaan dalam kalangan pelajar.
Selain aktiviti jualan, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti pertandingan pakaian terbaik bertemakan baju raya, sesi bergambar dan persembahan santai yang menceriakan lagi suasana. Pelajar yang hadir dilihat mengambil peluang untuk beramah mesra sambil menikmati pelbagai juadah dan barangan yang dijual oleh para peniaga.
Seorang peserta, berkata program tersebut berjaya menghidupkan suasana Hari Raya walaupun berada jauh dari keluarga.
“Pasar Saloma memberi peluang kepada kami merasai kemeriahan Aidilfitri bersama rakan-rakan kolej. Suasananya sangat meriah dan membuatkan saya berasa seperti berada di kampung sendiri,” katanya.
Bagi salah satu peserta lain pula, aktiviti sampingan yang disediakan menjadikan program lebih menarik dan tidak hanya tertumpu kepada jualan semata-mata.