Ketagihan Telefon Pintar Jejaskan Kesihatan Mental dan Fizikal Mahasiswa UPSI

 


“Mahasiswa melayari laman web internet”,

Oleh: Alissa Futri 


TANJUNG MALIM, Penggunaan telefon pintar secara berlebihan dalam kalangan mahasiswa kini semakin membimbangkan apabila ia mula memberi kesan kepada kesihatan menral dan fizikal mereka. Kemudahan akses kepada media sosial seperti Tiktok, Instagram dan platform digital yang lain menunjukkan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada perubahan gaya hidup pelajar Universiti.


Kebanyakan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telefon pintar bukan sahaja digunakan untuk tujuan pembelajaran malah menjadi medium utama juga untuk mereka menghiburkan diri mereka. Namun, penggunaan tanpa kawalan ini boleh menyebabkan ramai pelajar menghabiskan masa mereka seharian dengan menghadap skrin telefon setiap hari.


Menurut Isma, 20, pelajar diploma tahun tiga di UPSI, tabiat menggunakan telefon pintar pada waktu malam memberi kesan kepada rutin hariannya.


"Saya selalu membuka aplikasi Tiktok sebelum tidur, tapi kadang-kadang saya selalu main "game" sampai pukul 2 atau sehingga subuh. Bila bangun pagi, kadang tu memang saya rasa penat dan susah nak fokus dalam kelas," katanya.


Tambahannya lagi, penggunaan telefon pintar juga memberi kesan kepada tabiat serta pola pemakanan individu.


"Ada masa saya skip makan sebab nak main telefon. Kadang-kadang pun sambil makan saya tengok cerita di you tube , jadinya saya pun tak sedar kadang-kadang saya makan apa dan banyak mana yang saya dah makan", ujarnya.


Seorang lagi pelajar UPSI, Aleeya, 22, turut mengakui mengalami perubahan dari segi emosi akibat terlalu banyak menghabiskan masa dengan telefon pintarnya.


"Bila terlalu lama sangat main media sosial, saya rasa saya cepat stres dan cepat penat sebab selalu bandingkan diri dengan orang lain di media sosial, bukan itu je kadang banyak juga ayat-ayat sedih yang buatkan saya kadang sedih kadang tu suka macam "roller coaster" emosi saya ni ," katanya.


Ketagihan penggunaan telefon pintar iaitu digital dan pengaruh sosial media yang tinggi boleh mengganggu emosi psikologi pengguna. Beliau juga menyatakan bahawa "Penggunaan telefon pintar yang berlebihan boleh menyebabkan gangguan kitaran tidur, mental penat dan tak fokus kalau nak buat sesuatu perkara. Secara tak langsung, perkara ini memberi kesan pada prestasi akademik pelajar," jelasnya.


Bukan itu sahaja, Nurul'Ain yang merupakan Pelajar UPSI, kandungan di media sosial kin amat memainkan peranan yang penting pada emosi individu, terutamanya apabila mereka lebih terdedah kepada standard internet yang tidak realistik.


"Perbandingan sosial yang berlaku di platform digital boleh menyebabkan individu berasa tidak pernah cukup dan selalu merasa dirinya mempunyai kekurangan, dimana perkara ini sekaligus meningkatkan tahap tekanan jiwa dan kebimbangan," katanya.


Selain kesan terhadap kesihatan mental, penggunaan telefon pintar yang berlebihan juga memberi kesan kepada kesihatan fizikal. Kurang tidur, pemakanan yang tidak teratur dan kurangnya pergerakan aktiviti fizikal kerana sering duduk di satu tempat yang lama boleh menjadi salah satu kesan yang dialami oleh mahasiswa.


Untuk jangka masa yang panjang, gaya gidup tidak sihat ini boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti keletihan kronik. Bukan itu sahaja, dari aspek penampilan diri juga akan terganggu seperti kulit lebih kelihatan kusam dan lingkaran bawah mata semakin gelap akibat kurang tidur.


Sehubungan itu, mahasiswa juga disarankan untuk mengawal penggunaan telefon pintar dengan lebih bijak. Antara langkah yang boleh diambil ialah menetapkan had masa penggunaan skrin media sosial, mengelakkan penggunaan telefon pintar sebelum tidur dan mengutamakan kesihatan diri serta mental.


Kesedaran diri memainkan peranan yang amat penting dalam mengatasi masalah ini. Teknologi bukan musuh tetapi cara kita menggunakannya yang menentukan kesannya. Pelajar perlu lebih berdisiplin dalam mengurus masa dan memberi keutamaan pada diri mereka.


Kesimpulannya, walaupun telefon pintar membawa kepada pelbagai kemudahan kepada kehidupan mahasiswa tetapi penggunaan yang tidak terkawal boleh memberi kesan yang negatif terhadap kesihatan mental dan fizikal. Oleh itu, keseimbangan dalam penggunaan telefon pintar amat penting bagi menjaga kesihatan diri. Telefon bimbit memang pintar, tapi pintarkah anda sebagai pengguna?