Matchalah Menus Tarikan Pelajar UPSI



                 pelajar upsi sedang membeli air matcha di booth matchalah menus


Oleh Nur Aqilah & DR Ahmad Sauffiyan Bin Abu Hasan


TANJUNG MALIM – Gerai minuman “Matchalah Menus” berjaya menarik perhatian pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris apabila menawarkan pelbagai pilihan minuman matcha yang unik dan menyegarkan.


Gerai tersebut menjadi tumpuan pelajar sepanjang program jualan berlangsung kerana konsepnya yang menarik serta pilihan menu yang mengikut trend semasa dalam kalangan anak muda.

Gambar temubual pelajar upsi tentang matchalah menus


Menurut salah seorang pelanggan, Adleena Aiman, 21, dia tertarik untuk mencuba minuman di gerai tersebut selepas melihat ramai pelajar berkongsi tentang “matcha” di media sosial.


“Saya suka sebab rasa matcha dia tak terlalu manis dan ada banyak pilihan. Harga pun sesuai untuk pelajar,” katanya ketika ditemui di tapak jualan. Gerai tersebut jugak menjadi tarikan kerana gerai tersebut tersusun dan kemas, tambahan pula dengan kreativiti gerai tersebut.


Tinjauan mendapati ramai pelajar sanggup beratur bagi mendapatkan minuman tersebut kerana tertarik dengan menu yang disediakan serta layanan mesra daripada penjual.

Selain menjual minuman, gerai tersebut turut menjadi tempat pelajar berkumpul dan berinteraksi secara santai bersama rakan-rakan selepas kelas.


Program jualan seperti ini bukan sahaja membantu pelajar menjana pengalaman dalam bidang perniagaan, malah mengeratkan hubungan sosial dalam komuniti kampus UPSI.