Misi Memartabatkan Seni Warisan: Simfoni Asli Berhasrat Jadi Titik Tolak Cinta Irama Tradisional

 

Oleh : Ridianatasya Binti Rizal dan Ahmad Saufiyyan bin Abu Hasan

TANJONG MALIM - "Harapan saya semoga program Simfoni Asli: Alunan Asli, Penyatu Seni ini bukan sahaja menjadi satu platform pertandingan semata-mata, tetapi mampu menjadi titik tolak dalam memartabatkan seni warisan Melayu Asli dalam kalangan generasi muda."  


Demikian luahan penuh harapan daripada Pengarah Program Simfoni Asli 2026, sebuah inisiatif murni yang digerakkan oleh Exco Kesenian dan Kebudayaan, Majlis Mahasiswa Koleh Harun Aminurrashid sidang 2025/2026, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program pertandingan ini bukan sahaja mampu mencungkil bakal para peserta namun menjadi hasrat anak muda untuk menimbulkan rasa cinta dalam seni warisan Melayu Asli terutamanya kepada pelajar IPT di seluruh Malaysia. Program pertandingan nyanyian berprestasi yang mengangkat tema lagu irama Melayu Asli ini telah selamat berlangsung dari 24 April hingga 25 April 2026, bertempat di Dewan Harun Aminurrashid, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. 


Meskipun berdepan pelbagai cabaran tersendiri dalam menarik kehadiran yang luar biasa, penganjuran Simfoni Asli tetap membawa impak yang mendalam dari segi penglibatan pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri. Walaupun beliau berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya daripada aspek kekangan dan kewangan. Walaubagaimanapun, kecekalan beliau untuk meneruskan agenda ini menjadi iktibar buat mahasiswa lain bahawa api kecintaan terhadap seni warisan tidak mudah padam demi sebuah perjuangan budaya. Menerusi satu temu bual, beliau menegaskan komitmennya “Di saat industri hiburan arus perdana dihujani muzik moden, usaha saya untuk menganjurkan pertandingan ini menjadi satu manifestasi penting untuk memastikan jati diri nasional dan khazanah seni suara tradisional tidak pupus ditelan zaman.” 


Melalui keterbukaan pihak penganjur menyasarkan penyertaan kepada mahasiswa IPTA dan IPTS dari seluruh Malaysia, program ini secara tidak langsung menjadi medan intim buat anak muda yang benar-benar berjiwa seni untuk mengasah dan mengetengahkan bakat vokal mereka dalam genre tradisional. Katanya lagi "Saya juga berharap agar program ini dapat mencungkil lebih ramai bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi,


seterusnya menyumbang kepada kelangsungan industri seni dan budaya negara,".  Kerjasama ini bukan sahaja bertujuan menilai bakat, malah menjadi serampang dua mata dalam menyediakan platform berimpak tinggi demi meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam industri seni dan budaya tanah air pada masa hadapan .


Syabas diucapkan kepada Exco Kesenian dan Kebudayaan UPSI atas usaha berani dan murni ini. Semoga usaha kecil yang bermula di menara gading ini bakal membuahkan hasil yang bermakna bagi kelangsungan warisan bangsa.