LAPORAN RINGKAS: VERIFIKASI ISU VIRAL “POLIS KESAN PEMANDU LANGGAR ANGGOTA TRAFIK SEHINGGA CEDERA”

Mohd Zamzuri berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 10.47 malam ketika anggota berusia 27 tahun itu sedang menjalankan kawalan lalu lintas di persimpangan berkenaan. - Gambar fail

Alat Verifikasi: TikTok

Status: Sahih (Astro Awani)

Isu yang diselidiki ialah laporan tular di media sosial seperti TikTok mengenai seorang pemandu yang melanggar anggota trafik ketika sekatan jalan raya, menyebabkan kecederaan. Video kejadian dikongsi secara meluas dengan pelbagai kapsyen beremosi, termasuk dakwaan bahawa pemandu melarikan diri dan sengaja melanggar anggota tersebut. Namun, maklumat awal yang tersebar tidak disertakan dengan butiran lengkap seperti lokasi tepat, kronologi sebenar atau kenyataan rasmi pihak berkuasa.

Bagi mengesahkan kesahihan maklumat, dua kaedah verifikasi telah digunakan. Pertama, semakan dibuat melalui laporan media arus perdana seperti Berita Harian dan Astro Awani untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan disahkan. Kedua, rujukan dilakukan kepada sumber rasmi pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia bagi memastikan kes tersebut benar-benar berlaku dan sedang disiasat. Selain itu, analisis kandungan video juga dilakukan untuk menilai sama ada rakaman telah dipotong atau disunting.

Hasil pemeriksaan fakta mendapati bahawa kejadian tersebut memang berlaku dan disahkan oleh pihak polis. Pemandu kenderaan sedang dikesan bagi membantu siasatan, manakala anggota trafik yang terlibat mengalami kecederaan dan menerima rawatan. Walau bagaimanapun, beberapa maklumat viral seperti motif pemandu dan kronologi lengkap kejadian masih dalam siasatan dan tidak boleh dipastikan sepenuhnya. Ini menunjukkan bahawa walaupun isu ini benar, terdapat unsur spekulasi dalam penyebaran maklumat di media sosial.

Sebagai cadangan, maklumat berkaitan kejadian jenayah atau kemalangan perlu disampaikan secara berhati-hati dengan merujuk kepada sumber rasmi dan mengelakkan penyebaran spekulasi. Pengguna media sosial harus memastikan kesahihan maklumat sebelum berkongsi bagi mengelakkan salah faham. Pihak media pula perlu melaporkan berita secara tepat dan beretika agar tidak menimbulkan panik atau persepsi negatif dalam masyarakat.