Temubual bersama Vaasheka, 22 Tahun, Pelajar UPSI
Oleh: Rogayah Mamat dan Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
TANJONG MALIM, 17 MEI - Penyebaran berita palsu di media sosial semakin membimbangkan masyarakat, terutamanya dalam era digital yang serba pantas. Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyuarakan pandangan mereka mengenai kesan fenomena ini terhadap masyarakat. Dua orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah berkongsi pandangannya mengenai cara beliau menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum mempercayainya atau berkongsi kepada orang lain.
“Saya akan semak dahulu di Sebenarnya.my sebelum percaya sesuatu berita, dan saya juga tidak akan terus membuat kesimpulan tanpa merujuk sumber lain atau bertanya kepada orang yang lebih dipercayai,” kata Vaasheka, 22, pelajar FBK Pendidikan Moral, UPSI
Menurut Vaasheka, 22 tahun, pelajar FBK dalam bidang Pendidikan Moral, menyatakan bahawa beliau akan merujuk laman Sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan sesuatu berita. Selain itu, beliau juga mengikuti saluran berita seperti Berita Harian Channel di WhatsApp bagi mendapatkan maklumat yang lebih dipercayai. Vaasheka turut menegaskan bahawa beliau tidak akan membuat kesimpulan secara terburu-buru, sebaliknya akan mendapatkan pandangan daripada individu yang lebih dipercayai seperti ahli keluarga sebelum mempercayai sesuatu maklumat.
Sementara itu, Siti Aisyah, 23 tahun, pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) program TESL semester 6, beliau akan memastikan setiap berita yang diterima disemak terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Beliau lebih berhati-hati dalam menilai maklumat dan tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tular di media sosial tanpa pengesahan daripada sumber rasmi
Dari segi kesan kepada masyarakat, berita palsu boleh menyebabkan kekeliruan kerana ramai orang mudah mempercayai dan menyebarkan maklumat tanpa semakan. Situasi ini boleh mencetuskan panik awam, salah faham, serta perpecahan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, ia juga boleh merosakkan reputasi individu atau organisasi tertentu serta mengganggu keharmonian sosial apabila maklumat yang tidak sahih tersebar dengan cepat melalui platform digital.
Kesimpulannya, sikap berhati-hati seperti yang diamalkan oleh kedua-dua pelajar UPSI ini amat penting dalam mengelakkan penyebaran berita palsu. Masyarakat perlu lebih bijak dalam menilai maklumat sebelum berkongsi bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian bersama sentiasa terpelihara.