OLEH NISHA PRAKASH & DR AHMAD SAUFFIYAN
HONG KONG, 20 APRIL - Sebuah robot humanoid yang bersaiz lebih kurang pelajar sekolah rendah mempersembahkan kemahiran menyanyi dan bertutur dalam bahasa Mandarin dan Inggeris apabila disoal oleh penonton di Hong Kong. Lebih daripada 100 robot dipamerkan di dua pusat konvensyen dan pameran Hong Kong yang bermula pada hari Isnin.
Robot X2 Ultra daripada syarikat pengeluaran robot humanoid yang terkenal di China, AGIBOT Innovation (Shanghai) Technology Co. menjadi tarikan utama bagi penonton. Apabila robot di soal mengenai hobinya, ia menyenaraikan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menari, belajar tentang teknologi, dan mendengar muzik. Robot ini juga tidak mempunyai masalah untuk menghuraikan apa yang ia lihat seperti ‘‘seorang wanita sedang memegang telefon, seorang wanita memegang bag tangan dan telefon, seorang lelaki memegang kamera,’’ katanya.
Ketua pegawai operasi Novautek Autonomous Driving, ejen AGIBOT di Hong Kong, Calvin Chiu menyatakan bahawa robot tersebut boleh memberikan kepuasan emosi kepada manusia melalui perbualan dan menjadi pendidik kepada kanak-kanak dan warga emas. Setiap robot boleh diprogramkan dengan personaliti yang berbeza. ‘‘Ia boleh menjadi sebagai seorang kawan,’’ kata Chiu.
Data rasmi menunjukkan bahawa China mempunyai lebih daripada 140 pengeluar robot humanoid dan lebih daripada 330 model pada tahun 2025. Berdasarkan penyelidikan dan penasihat teknologi di London, Omdia, menyatakan bahawa AGIBOT, Unitree Robotics, dan UBTech Robotics Corp. merupakan vendor peringkat pertama dalam penilaian global berdasarkan jumlah penghantaran. Ketiga-tiga syarikat menghantar lebih 1000 unit robot pintar serba guna tahun lepas, manakala dua syarikat pertama menghantar lebih daripada 5000 unit.
China kini berusaha untuk memperkukuhkan pembangunan teknologi canggih dalam rancangan lima tahun 2026-2030, termasuk mempercepatkan pengeluaran robot humanoid sebagai persaingan teknologi global dengan Amerika Syarikat.
Dalam pameran yang sama, syarikat dari Shenzhen, DX Intech Technology Co, mempamerkan robot yang menyerupai manusia wanita dengan kulit sintetik dan robot ini telah menjual sebanyak 400 robot. Robot ini digunakan di muzium dan premis kerajaan di China untuk menyambut pengunjung.
Seorang pengunjung dari Malaysia, Russel Lupang kagum dengan penampilan dan pergerakan robot humanoid ini dan berkata “cantik tetapi tidak rasa benar”.
Maklumat lanjut mengenai robot humanoid boleh didapati di Associated Press.
SUMBER: Associated Press