UPSI Sports Bowl, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Oleh: Adlin Fadhlina
Fasiliti bowling di Universiti Pendidikan Sultan Idris menjadi antara tarikan yang mendapat perhatian mahasiswa sebagai aktiviti santai selepas waktu kuliah. Kemudahan ini bukan sahaja memberi ruang rekreasi kepada pelajar, malah menjadi tempat untuk mereka melepaskan tekanan selepas melalui jadual akademik yang padat.
Bagi kebanyakan mahasiswa, aktiviti bowling menjadi pilihan kerana suasananya santai dan sesuai dilakukan bersama rakan-rakan. Selain mengisi masa lapang, aktiviti ini juga membantu mengeratkan hubungan sesama pelajar dari fakulti dan kolej kediaman yang berbeza.
Menurut Fitra Aqilah, 21, pelajar tahun dua, dia sering meluangkan masa bermain bowling bersama rakan selepas menyiapkan tugasan. Katanya, aktiviti tersebut membantunya berehat seketika daripada tekanan belajar dan memberi semangat untuk kembali fokus.
Sementara itu, Amiera Batrisyia, 22, pelajar tahun dua, berkata fasiliti seperti ini memberi nilai tambah kepada kehidupan kampus. Menurutnya, bukan semua masa mahasiswa dihabiskan dalam kelas, sebaliknya ruang rekreasi seperti bowling penting untuk keseimbangan emosi dan sosial pelajar.
Senarai Harga UPSI Sports Bowl
Jelasnya, kewujudan fasiliti bowling membuktikan bahawa kemudahan di kampus bukan hanya tertumpu kepada akademik semata-mata. Malah, ia turut menyumbang kepada kesejahteraan mahasiswa dan mewujudkan pengalaman kampus yang lebih bermakna.