Sulu 3.0 : Ukhuwah Dan Kerjasama Terus Terjalin Antara Ahli Kerlu

Oleh : Sorfina Adawiah Fakhrur Razi dan Dr. Ahmad Saufiyyan bin Abu Hassan


Tanjong Malim – Program Sukan tahunan KERLU 3.0 (SULU 3.0) dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Luar UPSI (KERLU) pada setiap tahun bertujuan merapatkan silaturahim antara ahli kelab. Pada sidang 25/26 ini, program sukan tahunan ini diadakan dengan meriah di Padang Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI pada hari Ahad jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Pelbagai permainan dan aktiviti berkumpulan yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung. Namun, program ini bukan hanya mengetengahkan sukan semata-mata, malahan semangat berpasukan turut diketengahkan asbab acara sukan yang memerlukan peserta bermain secara berkumpulan. Pendekatan ini bakal mengeratkan hubungan silaturahim antara kalangan peserta. Bukan itu sahaja, kemahiran komunikasi yang baik turut didedahkan demi mencapai kemenangan dalam acara yang disertai.



Selain mencipta semangat kesukanan yang tinggi, program ini juga menjadi satu garis haluan bagi ahli kelab baru untuk mengenali dengan lebih rapat dan membina kepercayaan antara satu sama lain. Gelak tawa dan sokongan yang diberikan sepanjang program berlangsung menunjukkan semangat kekeluargaan yang kuat dalam KERLU. 


Program ini diharapkan dapat diteruskan pada sidang seterusnya agar menjadi salah satu medium dalam mengukuhkan hubungan silaturahim serta memupuk nilai kerjasama dan komunikasi yang baik antara ahli kelab.