UPSI Jadi Lokasi Penggambaran Drama “Hanya Untuk Dia..Ain Nuraina”


Gambar pelakon tambahan bersama pelakon utama di set penggambaran.


Oleh: Nurul Sufi Sufa’a Mohamad Nizam & Dr. Ahmad Sauffiyan Abu Hasan


TANJONG MALIM - Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi menjadi pilihan lokasi penggambaran drama apabila drama terbaru bertajuk “Hanya Untuk Dia..Ain Nuraina” terbitan Pencil Pictures & Records menjalani sesi penggammbaran di sekitar kampus university tersebut.


Penggambaran yang berlangsung di beberapa lokasi dalam kampus UPSI telah menarik perhatian warga universiti, khususnya para pelajar yang berpeluang melihat sendiri suasana penggambaran drama secara lebih dekat. Kehadiran pelakon terkenal seperti Aniq Suhair dan Amylia Aidura turut menambahkan keterujaan dalam kalangan pelajar yang berada di lokasi.


Selain menggunakan persekitaran kampus sebagai latar penggambaran, pihak produksi turut melibatkan beberapa pelajar UPSI sebagai pelakon tambahan (extra) bagi menjayakan beberapa babak yang memerlukan suasana kehidupan kampus. Penglibatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri pengalaman berada dalam sebuah produksi drama televisyen.

Gambar pelakon utama Aniq Suhair bersama pelakon tamabahan (pelajar UPSI).


Menurut pelajar yang terlibat sebagai pelakon tambahan, pengalaman tersebut merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan dan bermakna kerana mereka berpeluang mempelajari perkara baharu yang tidak diperoleh di dalam bilik kuliah. Mereka juga dapat melihat sendiri proses penghasilan drama, bermula daripada persiapan set penggambaran sehingga rakaman sesuatu babak dijalankan.


Pelajar yang terlibat turut menyifatkan para kru produksi sebagai mesra, profesional dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi penggambaran berlangsung. Sikap positif yang ditunjukkan oleh kru membantu mewujudkan suasana kerja yang selesa dan menyeronokkan kepada semua yang terlibat.


Gambar penulis bersama pelakon utama Aniq Suhair.


Di samping itu, para pelajar berharap drama “Hanya Untuk Dia” akan mendapat sambutan yang baik daripada penonton apabila ditayangkan kelak. Mereka juga berharap lebih banyak peluang seperti ini dapat diberikan pada masa hadapan agar pelajar UPSI dapat terus menimba pengalaman baharu serta menambah pengetahuan tentang industri kreatif dan hiburan negara.


Secara keseluruhannya, penggambaran drama “Hanya Untuk Dia” bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada pelajar yang terlibat, malah turut memperkenalkan keindahan dan suasana kampus UPSI kepada masyarakat luar melalui medium drama tempatan.