Legenda Dato' (Dr.) M. Nasir Bakal Menggegarkan Bumi Tanjong Malim dalam Konsert Gendang Pati


Oleh Wan Nur Izzah Binti Wan Roslan & Dr Ahmad Sauffiyan Bin Abu Hasan 

TANJUNG MALIM — Sumber: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal menjadi tumpuan peminta seni tanah air apabila dijadualkan sebagai tuan rumah kepada konsert “Gendang Pati” yang menampilkan lagenda muzik negara, Dato' (Dr.) M. Nasir, pada 17 Januari 2026. Konsert ini akan dijalankan untuk berlangsung di Dewan Tuanku Canselor (DTC), UPSI, bermula jam 8.30 malam.

Konsert ini merupakan anjuran daripada Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) dan ia merupakan kesinambungan daripada konsert asall Gendang Pati yang pernah dipentaskan oleh beliau lebih dua dekad lalu. Walau bagaimanapun, persembahan yang akan disampaikan kali ini diberikan pembaharuan bagi menyesuaikannya dengan peredaran masa serta konteks universiti. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi hiburan malah berfungsi sebagai platform apresiasi seni berprofil tinggibuat warga kamus dan komuniti setempat

Mahasiswa/i dan peminat seni tempatan menyatakan rasa amat teruja serta bersemangat untuk menyaksikan persembahan yang akan dilakukan oleh “Sifu” muzik negara secara langsung di kampus. Seorang penonton yang ditemui menyatakan harapan yang tinggi untuk berjumpa Dato' (Dr.) M. Nasir secara dekat, selain menyifatkan penganjuran ini sebagai peluang yang jarang diperolehi. 

Bagi memeriahkan lagi suasa, pihak penganjur telah menyediakan tawaran harga tiket yang istimewa buat mahasiswa/i UPSI pada harga RM39 sahaja. Tiket khas ini melibatkan kategori tempat duduk bebas (free seating) di aras 2 dewan tersebut. Namun tiket ini hanya ditawarkan kepada 700 pembeli terawal sahaja.

Penganjuran ini dilaksanakan agar dapat menyemarakkan lagi industri kreatif di peringkat universiti selaras dengan aspirasi Malaysia Madani. Para pelajar yang berminat boleh segara melakukan pembelian tiket melalui pautan Google Form di https://forms.gle/mqoe1rydzP3wjTze7 dan penonton juga boleh membuat pembelian tiket melalui platform Ticket2u di pautan https://www.ticket2u.com.my/event/46312/konsert-gendang-pati-m.-nasir 

Ayuh warga kampus dan peminat sini sekalian! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan sejarah tercipta di hadapan mata anda sendiri. Mari sama-sama kita penuhkan Dewan Tuanku Chanselor dan bangkitkan semangat sini dalam satu malam yang bakal menjadi memori sepanjang zaman. Segera dapatkan tiket anda sebelum terlambat.