RENCANA: Douglas Jadi Port Lepak Pilihan Pelajar di Tanjung Malim

 

Ditulis oleh Masturina binti Azhar dan Dr Ahmad Sauffiyan bin Abu Hasan 

Pekan Tanjung Malim terus menjadi tumpuan pelajar sebagai lokasi untuk bersantai, dengan beberapa kedai makan tampil sebagai port lepak pilihan, termasuk sebuah kedai yang dikenali sebagai Douglas.

Menurut seorang pelajar, Maisarah, pekan Tanjung Malim sering menjadi lokasi utama pelajar untuk melepak selepas tamat kelas. Katanya, Douglas menjadi pilihan kerana harga makanan yang berpatutan serta portion hidangan yang banyak dan mengenyangkan.

“Saya selalu lepak dekat pekan Tanjung Malim. Kedai Douglas ni affordable dan portion makanan dia memang berbaloi untuk pelajar,” katanya.

Tambah Maisarah, antara menu kegemarannya ialah nasi goreng Douglas dan chicken popcorn Douglas yang sering dipesan setiap kali berkunjung ke kedai tersebut.

Temu bual bersama Maisarah telah dilakukan pada 10 Disember lalu, dan beliau turut menyatakan bahawa suasana kedai yang santai menjadikan Douglas sesuai sebagai tempat untuk makan bersama rakan-rakan serta berehat selepas seharian menghadiri kuliah.

Kehadiran kedai makan yang mampu milik seperti Douglas bukan sahaja memenuhi keperluan makanan pelajar, malah turut menjadi ruang sosial yang penting dalam kehidupan harian pelajar di Tanjung Malim.

  • Sumber gambar : Google Images - The Douglas Street ( Hak Cipta Terpelihara ) 

Sumber gambar: Google Images – The Douglas Street (hak cipta terpeliha

Sumber gambar: Google Images – The Douglas Street (hak cipta terpelihara