Stesen KTM Tanjong Malim Sesak Sempena Minggu Ulangkaji

Oleh Arif Imran Haqimy Bin Ahmad & Dr Ahmad Sauffiyan Bin Abu Hassn

Tanjong Malim - Suasana di Stesen KTM Tanjong Malim hari ini menjadi sesak apabila ramaj pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mula pulang ke kampung halaman bersempena cuti study week yang baru bermula. Keadaan ini menyaksikan pelajar memenuhi ruang menunggu, kaunter tiket, serta platform tren sejak awal pagi.

Fenomena kesesakan ini berlaku setiap kali musim peperiksaan semakin hampir, apabila pelajar mengambil kesempatan untuk pulang bagi membuat persediaan di rumah bersama keluarga. Ramai pelajar dilihat membawa beg besar dan bahan rujukan, menandakan mereka bersedia menghadapi minggu ulangkaji sebelum peperiksaan akhir semester.

Menurut beberapa pelajar yang ditemui, pulang ke kampung bukan sahaja memberi ruang untuk menenangkan fikiran, tetapi juga membantu mereka mendapatkan sokongan moral daripada keluarga.

Kakitangan KTM Tanjong Malim turut meningkatkan kawalan operasi bagi memastikan perjalanan tren berjalan lancar. Tambahan tren pada waktu puncak juga dilaksanakan bagi menampung jumlah penumpang yang meningkat mendadak.

Kesimpulannya, kesesakan di Stesen KTM Tanjong Malim sempena bermulanya study week UPSI mencerminkan budaya pelajar yang menjadikan minggu ulangkaji sebagai masa penting untuk persediaan akademik, di samping mengeratkan hubungan dengan keluarga sebelum menghadapi peperiksaan akhir.