Menemuramah Pelajar UPSI Semester 5 mengenai fasaliti di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Oleh: Nur Fazdlynna Binti Ja’apar & Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
Tanjong Malim, 28 November 2025 - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh penyediaan kemudahan fasiliti kampus bagi menjamin keselesaan serta kualiti kehidupan mahasiswa. Inisiatif penambahbaikan yang dilaksanakan merangkumi aspek akademik, kebajikan dan persekitaran fizikal demi menyokong proses pembelajaran yang lebih efektif dan menyeluruh.
Eco Campus 360 dilaksanakan sebagai inisiatif mahasiswa Komunikasi Sosial dalam menyampaikan mesej kelestarian secara lebih dekat dan berkesan kepada komuniti kampus. Program ini merangkum beberapa mini kempen antaranya Compose-it, Tapau, Swag Fashion Runway, Rumah Hijau, Eco lab, Green Bag, dan Eco Stride yang menekankan konsep kelestarian melalui pendekatan kreatif. Menurut salah seorang Ahli Publisiti Eco Campus, pendekatan komunikasi yang digunakan dalam program ini mampu menarik minat pelajar untuk memahami isu alam sekitar dengan lebih mendalam.
“Kami percaya mesej ini turut memberi peluang kepada pelajar Komunikasi Sosial untuk mengaplikasikan ilmu teori yang diterapkan semasa pembelajaran dalam kelas, seperti pengurusan majlis dan kerja berpasukan. Program ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk berfikir secara kreatif sambil menyumbang kepada kesedaran alam sekitar,” katanya
Program ini turut memberi peluang kepada pelajar Komunikasi Sosial untuk mengaplikasikan ilmu teori komunikasi seperti pengurusan majlis dan kerja berpasukan dalam suatu program. Sambutan positif yang diterima membuktikan keberkesanan pendekatan komunikasi strategik dalam membentuk sikap prihatin terhadap alam sekitar.
Secara keseluruhannya, Eco Campus 360 bukan sahaja berfungsi sebagai platform kempen kelestarian, malah menjadi medan pembelajaran berasaskan pengalaman buat pelajar Komunikasi Sosial Upsi. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan ke arah pembudayaan gaya hidup lestari dalam komuniti kampus.