ANCAMAN SENYAP: BAGAIMANA BERITA PALSU MENGHANCURKAN MASYARAKAT



  

( Temubual bersama Encik Megat )


Oleh Azim Syafiq dan Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan


Tanjung Malim, 13 April 2026 : Dalam era digital yang serba pantas hari ini, penyebaran berita palsu semakin membimbangkan dan memberi kesan besar kepada masyarakat. Melalui temu bual ringkas bersama orang awam, pelbagai pandangan telah diperoleh berdasarkan soalan.

Menurut responden Megat Ihlan 22 tahun berkongsi bahawa berita palsu ditakrifkan sebagai maklumat yang tidak sahih atau tidak berasaskan fakta tetapi disebarkan seolah-olah benar, terutamanya di media sosial seperti WhatsApp, TikTok dan Facebook. Antara jenis berita palsu yang sering tersebar ialah berita kesihatan, politik, dan kejadian semasa yang tidak disahkan oleh pihak berautoriti. Kebanyakan responden berpendapat bahawa golongan remaja dan warga emas lebih mudah terpengaruh kerana kurang kemahiran menyemak kesahihan maklumat. Pada masa yang sama, individu yang tidak bertanggungjawab juga memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat tanpa pengesahan. Berita palsu biasanya tersebar dengan cepat ketika berlaku sesuatu isu besar atau viral contohnya seperti bencana alam, pilihan raya atau krisis kesihatan. Masyarakat juga perlu lebih berhati-hati setiap kali menerima maklumat yang kelihatan sensasi atau mengejutkan. Bagi di mana, kebanyakan berita palsu tersebar luas di platform media sosial dan aplikasi pesanan segera kerana ia mudah dikongsi tanpa pengesahan. Namun begitu, masyarakat boleh merujuk kepada sumber rasmi seperti laman web kerajaan atau media arus perdana untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

Berita palsu mudah dipercayai kerana ia sering ditulis dengan tajuk yang sensasi dan emosi yang kuat, menyebabkan orang ramai tidak sempat menilai kesahihannya. Selain itu, kurangnya literasi digital juga menjadi faktor utama. Akhir sekali, Encik Megat turut menyatakan bahawa “orang awam perlu sentiasa menyemak sumber maklumat tidak berkongsi tanpa pengesahan, dan melaporkan kandungan palsu kepada pihak berkuasa atau platform media sosial” Kesimpulannya, berita palsu memberi kesan negatif yang besar kepada masyarakat dan semua pihak perlu memainkan peranan dalam membendung penyebarannya.