Bahaya Berita Palsu: Tersebar Meluas Di Hujung Hari

                                  


Oleh : Nur Aina Nabila & DR Ahmad Saufiyyan


Tanjung Malim, 13 April 2026 – Penyebaran berita palsu dalam dunia serba digital hari ini, bermula dengan hanya dengan satu klik, sesuatu maklumat boleh menjadi tular dalam sekelip mata. Namun, di sebalik kemudahan ini, muncul satu ancaman yang semakin membimbangkan iaitu penyebaran berita palsu yang mampu mengelirukan masyarakat dan mencetuskan panik.

Platform media sosial seperti TikTok, WhatsApp dan X menjadi medium utama penyebaran maklumat, sama ada benar atau sebaliknya. Tanpa semakan yang teliti, pengguna cenderung untuk mempercayai dan terus berkongsi sesuatu berita hanya kerana ia tular. Perkara ini akan mencetuskan rasa gelisah dalam masyarakat. 

Menurut hasil temubual bersama seorang pelajar, Atikah pelajar Semester 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),  berita palsu sering menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. “Kadang-kadang kita nampak ramai share, terus rasa benda tu betul. Tapi bila check balik, rupanya palsu,seperti kenaikan harga minyak yang famous di status ketika itu, ibu dan ayah saya cemas kerana mereka terkejut dengan harga sebegitu” katanya.

Seorang lagi responden, Haziq pelajar semester 4 (UPSI)  (23 tahun), pula menyatakan bahawa kesan berita palsu lebih serius daripada yang disangka. “Benda ni boleh menggangu ketenteraman masyarakat yang akan menyebabkan kekecohan. Lagi-lagi kalau isu sensitif, memang cepat jadi besar, sebagai contoh isu kekurangan bekalan makanan yang tular mungkin akan habis, ini menyebabkan ramai individu melakukan “panic buying” yang menyebabkan banyak pembaziran”   jelasnya.

Bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak sahih, orang ramai disarankan untuk membuat semakan melalui sumber yang dipercayai seperti Sebenarnya.my sebelum berkongsi sesuatu berita. Sikap bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial amat penting bagi memastikan hanya maklumat yang tepat disebarkan.

Kesimpulannya, berita palsu bukan sahaja memberi kesan kepada individu, malah boleh menjejaskan keharmonian masyarakat secara keseluruhan. Oleh itu, kesedaran dan tindakan bijak daripada setiap pengguna amat diperlukan dalam membendung isu ini.