TANJONG MALIM, 6 April
2026 – Cendol Cawan terus mencuri tumpuan di Tanjong Malim dan Proton City yang menjadi
pilihan utama pelajar UPSI, pekerja, dan keluarga
muda yang mencari minuman tradisional yang
menyegarkan, asli, dan berpatutan. Dengan strategi pasaran yang tepat dan mesej
jenama yang mantap, Cendol Cawan bukan sekadar minuman, ia adalah pengalaman
nostalgia yang menghidupkan rasa tradisi dalam setiap hirupan. Perniagaan ini
bermula sebagai Cendol Sawit Ngigau,
diasaskan pada tahun 2012 oleh Encik Fozi dalam situasi hidup yang sangat mencabar.
Ketika itu, Encik Fozi membuat keputusan drastik meninggalkan pekerjaan tetap demi menjaga arwah isterinya yang sedang uzur. Perkara ini bukan sahaja menguji kestabilan emosi dan kewangan keluarganya, tetapi turut mendorong beliau mencari alternatif pendapatan secara berdikari melalui bidang keusahawanan. Bermula secara kecil-kecilan menjual rebung dan kemudian makanan ringan, Encik Fozi membuktikan daya tahan dan kesungguhannya dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.
Selepas pemergian arwah isterinya, beliau berpindah ke Tanjong
Malim untuk membina semula
kehidupan. Perkahwinan semula dan
pandangan isterinya mengenai
ketidaksesuaian penjualan makanan
ringan untuk kanak-kanak mendorong Encik Fozi menilai semula jenis produk yang
ditawarkan. Keputusan untuk
beralih kepada cendol bukan sahaja menepati keperluan pasaran, tetapi juga menekankan nilai kekeluargaan sebagai
satu langkah yang akhirnya memberi
identiti baharu kepada perniagaan ini.
Pada tahun 2025, anak beliau, Syazwan Daniel, mengambil alih
perniagaan sebagai generasi kedua. Dengan perspektif baharu dan pendekatan
moden, beliau menjenamakan semula perniagaan
Cendol Sawit Ngigau
kepada Cendol Cawan.
Ini adalah berikutan
dengan tidak mahu legasi keluarga untuk terus
menghilang.
Cendol
Cawan mensasarkan pelanggan dari kalangan pelajar, pekerja, serta komuniti
Tanjong Malim yang mahukan minuman tradisional, segar, dan berpatutan, dan
sesuai untuk dinikmati bila-bila masa. Lokasi jualan yang strategik, di kawasan tumpuan
pelajar dan komuniti
setempat, memastikan setiap pelanggan dapat menikmati cendol kegemaran
mereka tanpa bersusah payah.
Cendol Cawan mempunyai rahsia kehebatan warisannya yang tersendiri
melalui penggunaan bahan asli dan sentuhan tradisi. santan sawit segar, gula melaka asli,
dan cendol buatan
sendiri menjadikan setiap cawan istimewa. Strategi mesej menggabungkan
emosi dan rasional sekali gus membangkitkan nostalgia sambil menekankan kualiti
dan nilai produk, menjadikan setiap pelanggan ingin membeli lagi dan lagi.
Tidak dinafikan juga Cendol Cawan menonjolkan copywriting yang padu dan strategik.
Headline ringkas, “Cendol Cawan”, terus menonjolkan identiti produk dan
memudahkan pelanggan mengenalinya. Dengan adanya subheadline “Tradisi keluarga
dalam setiap cawan yang dihidangkan” menyuntik elemen emosi, membina hubungan
sentimental dan menonjolkan keunikan jenama. Manakala slogan “Secawan cendol
takkan cukup” mampu mencetuskan rasa ingin kembali menikmati hidangan lagi.
Menurut pengurus Cendol Cawan, Syazwan Daniel, “Kami mahu pelanggan
merasai tradisi dan kualiti dalam
setiap cawan. Setiap bahan dipilih dengan teliti supaya rasa cendol tetap asli
dan memuaskan. Copywriting dan mesej jenama dirancang supaya identiti Cendol
Cawan sampai kepada pelanggan dengan kuat dan jelas.”
Manakala, seorang pelanggan, Nur Adlina Aiman, 22 tahun, berkongsi pengalamannya menikmati Cendol Cawan “Saya suka Cendol Cawan kerana rasanya asli, menyegarkan, dan sesuai dengan bajet pelajar seperti saya. Harga Cendol Cawan yang tidak terlalu mahal dan
berpatutan serta rasa yang sedap membuatkan saya ingin membeli
setiap kali datang ke pasar malam Proton City.”
Selain kualiti, konsistensi rasa turut membuatkan Cendol Cawan disukai
ramai. Pelanggan bukan sahaja membeli untuk kepuasan
fizikal, tetapi juga kerana pengalaman dan kenangan manis yang dicipta dalam
setiap cawan.
Gabungan strategi pasaran, mesej jenama, dan copywriting mantap
membolehkan Cendol Cawan mengukuhkan kedudukan
sebagai pilihan utama
minuman tradisional tempatan,
menarik lebih ramai pelanggan, dan memastikan setiap Cendol Cawan bukan
sekadar minuman, tetapi simbol tradisi, rasa, dan kepuasan yang tidak
dilupakan. Dari sebuah kisah kehidupan yang penuh cabaran kepada legasi
keluarga yang berjaya, Cendol Cawan kini berdiri sebagai simbol ketabahan, tradisi
dan kejayaan yang tidak dilupakan.