(Speaker Amirul Ramli sedang Memberi Ceramah Mengenai Mental Health)
Oleh: Rogayah Mamat & Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
TANJUNG MALIM, 17 Mei 2026 – Kesedaran terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa terus diberi perhatian apabila satu program ceramah bertajuk Fitrah Fest: Jauhi Tekanan Kembali kepada Fitrah telah berjaya dianjurkan di Dewan Kuliah Pusat 6, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Program anjuran Lajnah Akademik dan Kajian Kelab Al-Mursyidin dengan kerjasama Lajnah Sukan dan Rekreasi itu menampilkan penceramah jemputan, Amirul Ramli, seorang speaker berkaitan kesihatan mental yang berkongsi tentang kepentingan mengurus tekanan secara sihat dalam kehidupan harian mahasiswa.
(Gambar Pelajar yang Hadir Program Fitrah Fest)
Menurut Ahli Jawatankuasa Media program, Nur Azuwani, penganjuran ini mendapat sambutan yang baik daripada mahasiswa yang hadir. “Program ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara mengawal tekanan dengan lebih berkesan, khususnya dalam menghadapi cabaran akademik di universiti,” katanya.
Salah seorang peserta pula menyatakan bahawa ceramah tersebut memberi kesedaran baharu terhadap kepentingan menjaga keseimbangan emosi. “Saya sedar bahawa tekanan tidak boleh diabaikan dan perlu diurus dengan cara yang betul supaya tidak menjejaskan fokus belajar,” katanya.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 11.20 malam itu turut menekankan pendekatan kembali kepada fitrah sebagai asas dalam membina kesejahteraan mental dan emosi mahasiswa.
Penganjuran program ini diharap dapat terus meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap kepentingan menjaga kesihatan mental serta mengamalkan gaya hidup yang lebih seimbang sepanjang tempoh pengajian.