Cuaca Panas Naik: Tumbler Jadi Pilihan UPSI Musim Panas







Oleh: Caronella Jamis dan Dr. Ahmad Sauffiyan Abu Hasan


Tanjung Malim - Penggunaan tumbler dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilihat semakin meningkat, khususnya sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang melanda kebelakangan ini.


Hasil daripada temu bual  mendapati ramai pelajar kini memilih tumbler sebagai alternatif kepada botol plastik kerana ia lebih praktikal, tahan lama serta mampu mengekalkan suhu minimum untuk tempoh yang lebih panjang. Perkara ini secara tidak langsung membantu pelajar kekal hidrasi sepanjang mengikuti aktiviti harian di kampus.


“Saya lebih jimat, tumbler juga membantu saya memastikan air kekal sejuk lebih lama, terutamanya dalam cuaca panas sekarang,” katanya ketika ditemui di sekitar kampus.


Dalam masa yang sama, kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar turut menjadi faktor utama yang mendorong peningkatan penggunaan tumbler. Pelajar kini dilihat lebih peka terhadap isu pencemaran  plastik dan berusaha mengurangkan penggunaan bahan sekali guna dalam kehidupan seharian.


Terdapat juga pelajar yang ber[endapat bahawa reka bentuk tumbler yang menarik dan pelbagai pilihan di pasaran menjadi salah satu tarikan utama, sekali gus menjadikannya bukan sekadar keperluan, tetapi juga sebahagian daripada gaya hidup.


 (Rogayah Binti Mamat ketika ditemu bual)


Sehubungan itu, penggunaan tumbler dalam kalangan pelajar bukan lagi dilhat sebagai satu trend sementara, sebaliknya berpotensi menjadi amalan berterusan ke arah kehidupan yang lebih lestari dan mesra alam.