Di Sebalik Tabir “Selamat Pagi Malaysia” Pengalaman Dua Mahasiswa UPSI di RTM Angkasapuri


Pensyarah Jemputan, Wakil In dan Mahasiswa UPSI bersama 

Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman di RTM Angkasapuri


oleh: Nurul Insyirah Zubir


KUALA LUMPUR, 16 April 2026 – Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi dan Media, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin telah dijemput sebagai tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) yang disiarkan secara langsung dari RTM Angkasapuri.

Semasa sesi berlangsung Dr. membawakan perkongsian bertemakan Generasi Berbeza, Cara Komunikasi Berbeza yang membincangkan perbezaan corak komunikasi antara generasi X, Y, Z dan Alpha. Menurut Dr. Siti Nor Amalina, setiap generasi mempunyai pendekatan komunikasi yang berbeza berdasarkan pengalaman hidup, persekitaran sosial serta perkembangan teknologi yang mereka lalui.

Beliau menjelaskan bahawa generasi terdahulu lebih cenderung berkomunikasi secara bersemuka dan menjadikan pengalaman hidup sebagai medium utama interaksi. Sebaliknya, generasi masa kini lebih banyak menggunakan platform digital seperti media sosial dan aplikasi komunikasi dalam kehidupan seharian.

Tambah beliau, perbezaan ini penting untuk difahami agar dapat mewujudkan hubungan yang lebih harmoni dalam pelbagai konteks termasuk keluarga, pendidikan dan juga alam pekerjaan.

Perkongsian tersebut turut menekankan kepentingan memahami perbezaan gaya komunikasi antara generasi bagi mewujudkan hubungan yang lebih harmoni sama ada dalam keluarga, pendidikan mahupun di tempat kerja.



Dr. Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin dengan dua  Mahasiswa UPSI bersama Datuk Professor Dr. Azlinda Azman mengambil gambar sebagai kenang kenangan

Bergambar bersama pengacara Selamat Pagi Malaysia di RTM Angkasapuri


Dr. Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin Siaran Langsung Selamat Pagi Malaysia


Dalam lawatan ke RTM Angkasapuri tersebut, kami berdua turut menemani Dr. Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin ke sesi siaran langsung Selamat Pagi Malaysia. Pada masa yang sama, kami juga berpeluang menghadiri sesi perkongsian oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman yang berlangsung di lokasi sama.

Kebetulan berada di lokasi pada waktu yang sama memberi ruang kepada kami untuk mengikuti sesi perkongsian tersebut serta berinteraksi secara ringkas bersama beliau.

Menurut sesi perkongsian itu dalam siaran langsung Selamat Pagi Malaysia memberi pendedahan mengenai Program Suara Dunia dalam Pentas Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM), yang berperanan sebagai platform memperkasakan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Program ini menghimpunkan peserta dari pelbagai negara untuk menyampaikan pidato dalam bahasa Melayu serta mempromosikan bahasa tersebut sebagai medium komunikasi global.

Menurut beliau, inisiatif ini bukan sahaja memperluaskan penggunaan bahasa Melayu di persada dunia, malah turut meningkatkan minat masyarakat antarabangsa terhadap bahasa dan budaya Melayu.

Secara keseluruhan, lawatan ke RTM Angkasapuri ini memberikan pengalaman yang bermakna kepada kami sebagai mahasiswa UPSI. Ia bukan sahaja membuka peluang untuk melihat proses siaran langsung di televisyen, tetapi juga memberi pendedahan langsung terhadap peranan media dan bahasa dalam membentuk masyarakat yang lebih berinformasi, berilmu dan berdaya saing.