Manees Bites Tawan Pelanggan Dengan Banana Pudding



Oleh: Ellya Ezzatil Dan Dr Ahmad Sauffiyan

TANJUNG MALIM, 20 mei - Banana pudding keluaran Manees Bites semakin mendapat perhatian dalam kalangan penggemar pencuci mulut di sekitar Tanjung Malim apabila jualannya menunjukkan sambutan yang sangat menggalakkan sejak mula diperkenalkan.

Pencuci mulut ini menawarkan beberapa pilihan perisa seperti Classic, Strawberry dan Brownies yang menjadi tarikan utama kepada pelanggan. Setiap perisa mempunyai keunikan tersendiri dengan tekstur yang lembut serta rasa yang manis berkrim, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan pelanggan.

Menurut pengusahanya, sambutan terhadap banana pudding tersebut amat memberangsangkan apabila ia sering menjadi pilihan utama pembeli di kawasan sekitar.

“Saya sangat bersyukur kerana banana pudding ini mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan di sekitar Tanjung Malim,” kata Nur Farah Athirah.

Peningkatan permintaan ini jelas menunjukkan bahawa pencuci mulut seperti banana pudding semakin digemari oleh masyarakat setempat, khususnya golongan muda. Dalam masa yang sama, ia turut membantu memperkenalkan Manees Bites sebagai antara jenama kecil yang semakin dikenali di kawasan tersebut.