EDC Meet & Greet Eratkan Hubungan Ahli Kelab Debat UPSI


Barisan ahli English debate Club (EDC) 2025/2026

Oleh Muhammad Azim Syafiq dan Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hassan


TANJUNG MALIM, 6 Mei – English Debate Club (EDC) Sidang 2025/2026 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program EDC Meet & Greet bagi memperkenalkan barisan kepimpinan baharu kelab serta mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli kelab. Program yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 14 (DKP14) itu dianjurkan oleh Central Bureau EDC Sidang 2025/2026 dengan penglibatan seramai 50 orang pelajar UPSI yang terdiri daripada ahli jawatankuasa dan ahli kelab. Program ini bertujuan memperkenalkan barisan Majlis Tertinggi dan biro-biro di bawah English Debate Club termasuk Central Bureau, Mass Media and Advertising Bureau, Mentoring and Advisee Bureau serta Corporate Relations and Global Venture Bureau.

Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk mewujudkan suasana kelab yang lebih mesra, inklusif dan harmoni dalam kalangan mahasiswa UPSI. Antara pengisian menarik sepanjang program ialah sesi pengenalan ahli jawatankuasa, sesi “Mock Debate”, penyampaian hadiah kepada pemenang serta sesi bergambar bersama ahli kelab dan penasihat program. Pengarah program, Heizzo Hitzfeld Liaw Anak Henry berkata program seperti ini penting bagi membina hubungan yang baik antara ahli sekaligus memastikan kelancaran aktiviti kelab pada masa hadapan.

Melalui program ini, ahli baharu dapat mengenali barisan kepimpinan EDC dengan lebih dekat selain membina keyakinan untuk melibatkan diri dalam aktiviti debat dan komunikasi,” katanya.

Program tersebut turut selari dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG) 16 iaitu Keamanan, Keadilan dan Institusi yang teguh melalui usaha membina komuniti mahasiswa yang positif dan saling bekerjasama.