Isu Burnout dalam Kalangan Mahasiswa Semakin Membimbangkan

Oleh: Athirah Roslan


TANJUNG MALIM — Masalah burnout atau keletihan melampau dalam kalangan mahasiswa semakin menjadi isu yang membimbangkan di institusi pengajian tinggi Malaysia. Tekanan tugasan, masalah kewangan, jadual kelas yang padat, dan kurang rehat menjadi antara faktor utama yang menyebabkan ramai pelajar mengalami tekanan emosi dan mental.


Menurut kajian oleh penyelidik dari Universiti Islam Selangor, mahasiswa sering berdepan tekanan akademik, pengurusan diri, kewangan, dan keluarga yang boleh menjejaskan kesejahteraan mental mereka jika tidak dikawal dengan baik.

Selain itu, satu kajian oleh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati tekanan akademik boleh memberi kesan terhadap kebimbangan dan prestasi pelajar universiti.


Ramai mahasiswa kini mudah hilang fokus ketika belajar, cepat penat, dan mengalami masalah tidur akibat tekanan yang berterusan. Dalam masa yang sama, penggunaan media sosial secara berlebihan juga menyebabkan pelajar mudah membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain sehingga menambah tekanan emosi.


Kesimpulannya, isu burnout dalam kalangan mahasiswa tidak boleh dipandang ringan kerana ia semakin memberi kesan kepada kesihatan mental dan prestasi akademik pelajar universiti di Malaysia.