Kafe hipster konsep Industrial tumpuan pelajar UPSI

 

Oleh : Mohamad Ezhan Rieqmal bin Sammudin & Dr Ahmad Saufiyyan bin Abu Hasan

TANJONG MALIM, 6 April 2026 - Kafe Peta Dunia menjadi pilihan pelajar Universiti Pendidikan

Tanjong Malim (UPSI) yang terletak di Pekan Tanjong Malim. Kafe ini dibuka setiap hari dari jam

2 petang hingga 2 pagi, penduduk setempat terutamanya pelajar UPSI boleh mengisi masa lapang

dan ulangkaji bersama rakan rakan.

Sejak beroperasi dari sebulan yang lalu, Kafe Peta Dunia merupakan satu tarikan kepada pelajar

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan penduduk setempat. Mesikpun kafe di pekan ini kian

tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan, kafe ini berjaya menampilkan sebuah kelainan.

Bukan sahaja menyediakan minuman berasaskan kopi, pelanggan juga diperkenalkan dengan menu

seperti jus buah-buahan yang berasaskan buah segar dan variasi menu yang sangat unik dengan harga

yang berpatutan. Dipadankan dengan konsep industrial berserta hiasan vintaj yang sangat menarik

amat memberikan suasana yang klasik.

Sudah pasti kafe ini akan menjadi pilihan bukan sahaja daripada komuniti setempat, malah pelancong

dari bandar juga akan berkunjung di sebuah pekan yang bersejarah ini.