Keyna Cafe Jadi Pilihan Pelajar UPSI Untuk Bersantai dan Meluangkan Masa

 


(Gambar Keyna Cafe)


Oleh: Ngoh Xin Wei dan Dr. Ahmad Saufiyyan Abu Hassan


TANJONG MALIM, 14 MEI 2026 - Keyna Cafe terus menjadi pilihan dalam kalangan pelajar dan masyarakat sekitar kerana menawarkan pelbagai menu menarik pada harga yang berpatutan. Terletak bertentangan kampus lama Universiti Pendidikan Sultan Idris, kafe ini mudah dikunjungi dan sering menjadi lokasi pilihan pelanggan untuk menikmati makanan sambil bersantai bersama rakan-rakan. 


Antara menu yang mendapat sambutan di Keyna Cafe ialah pelbagai jenis roti dan pastri, waffle, ice blended, waffle chicken, buttermilk chicken serta ayam gepuk yang terkenal dengan rasanya yang enak dan menyelerakan. Selain itu, suasana kafe yang selesa dan santai turut memberikan pengalaman yang menyenangkan kepada pelanggan, khususnya pelajar universiti yang ingin meluangkan masa selepas tamat kelas. 



(Gambar Sesi Temu Bual)


Menurut pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Chan Xue Yee, dia sangat menyukai suasana di Keyna Cafe kerana dekorasinya yang comel dan selesa untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan. Selain itu, dia juga menggemari waffle yang dijual di kafe tersebut kerana rasanya yang sedap dan menyelerakan. Menurutnya, dia sering datang ke Keyna Cafe selepas tamat kelas untuk makan dan berbual bersama rakan-rakannya. 


Dengan gabungan makanan yang lazat, suasana yang nyaman dan lokasi yang strategik, Keyna Cafe berjaya menarik perhatian ramai pelanggan dan terus berkembang sebagai salah satu kafe popular di kawasan Tanjung Malim. 


(Gambar Sesi Temu Bual)


Menurut pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Fiorella Ana Jhonny, dia juga gemar menikmati ayam gepuk di Keyna Cafe kerana rasanya yang pedas dan menyelerakan. Selain itu, dia berpendapat bahawa kafe tersebut sangat sesuai dijadikan lokasi untuk menjalankan rakaman temu bual atau tugasan video kerana mempunyai suasana dan dekorasi yang cantik. Tambahnya lagi, pencahayaan dan persekitaran kafe yang menarik menjadikan hasil rakaman video kelihatan lebih menarik dan berkualiti.